kek pisang kukus

Siapa di sini pernah bantu ibu buat kek pisang kukus sewaktu kecil? Masih boleh bayangkan betapa lembut dan gebunya kek tersebut, lebih-lebih lagi dari air tangan seorang ibu.

Kek pisang merupakan sejenis kek yang menggunakan pisang sebagai bahan utama. Kek ini sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Walaupun terdapat banyak variasi resipi kek pisang, tapi ia tetap tak dapat lawan kesedapan versi klasik. Keknya lebih gebu dan lembab, bila makan terasa nikmatnya.

Baca juga: 5 Variasi Resipi Kek Pisang Yang Ringkas, Semuanya Sedap-Sedap!

Ramai ibu sukakan kek dan teringin membuatnya sendiri. Tapi sesetengah orang akan rasa tak yakin untuk membuatnya kerana takut kek tak menjadi.

Buat anda yang kali pertama membuat kek, anda boleh mulakan dengan kek pisang kukus. Bukan saja ia tak guna bahan yang banyak, malah caranya cukup mudah.

Sebagai permulaan, kami cadangkan anda membuatnya berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Zlaila Hashim di Facebook ini.

RESIPI KEK PISANG KUKUS

kek pisang kukus

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan pisang
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula halus

Cara-cara:

1. Kisar telur dan gula sampai kembang.

2. Masukkan minyak dengan pisang.

3. Masukkan tepung.

4. Gaul sehingga sebati.

5. Kukus selama 45 minit. Siap!

kek pisang kukus

Anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya membuat kek pisang kukus ini. Ibu-ibu pasti puas hati apabila keknya menjadi.

Bagi memastikan keknya masak atau tak, anda boleh uji kek dengan cucuk menggunakan lidi kayu. Kek itu masak apabila lidi tak melekit selepas dikeluarkan.

Manalah tahu ibu-ibu kering idea nak hidangkan pencuci mulut apa untuk anak, bolehlah hidangkan kek ini buat mereka.

Banyak jenis pisang yang boleh digunakan tetapi apa yang penting, pisang itu mestilah masak. Jika anda nak dapatkan kesan bintik hitam pada kek pisang, anda boleh gunakan pisang rastali.

Selamat mencuba!

Sumber: Zlaila Hashim

Baca juga: Kek Pisang ‘Moist’ Versi Bakar, Resipi Mudah Guna Sukatan Cawan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN