hati lembu masak pengantin

Hari Raya Haji yang telah lama dinantikan akhirnya bakal tiba tak lama lagi. Jika dapat bahagian hati lembu yang dibuat korban, anda boleh buat Hati Lembu Masak Pengantin.

Sesetengah orang tak tahu untuk memasak apa dengan hati lembu kerana ia jarang didapati pada hari biasa kecuali Hari Raya Haji.

Anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ida Zairi di Facebook ini. Ia menarik perhatian ramai kerana terdapat petua membasuh hati lembu agar tak berbau. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Hati Lembu Masak Lada Hitam, Menu Lauk Pengantin Orang Dulu-Dulu

RESIPI HATI LEMBU MASAK PENGANTIN

hati lembu masak pengantin

Bahan-bahan:

  • 500 gram hati lembu
  • 3 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 sekawan
  • 1 sudu cili kisar (tambahan)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • Garam atau serbuk perasa
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • Sedikit air
  • 1 sudu garam masala (tambahan)
  • Kacang buncis (tambahan)

Bahan-bahan hiasan:

  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Bawang besar (dipotong bulat)

Cara-cara:

1. Basuh hati lembu dalam 3 atau 4 kali, masukkan tepung dan biarkan sekejap, kemudian basuh semula. Jangan lupa selawat juga.

2.. Gaulkan hati lembu yang telah dibasuh tadi dengan garam dan serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak dan goreng sekejap, kemudian angkat dan toskan.

4. Kisar bahan bertanda (*), tumis bersama 4 sekawan dan masukkan cili kisar, kemudian masak sekejap sehingga pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam masala, kemudian masak sekejap.

6. Masukkn air dan hati lembu, kemudian masukkan kacang buncis dan bawang yang telah dipotong bulat.

7. Tunggu sehingga masak, kemudian angkat dan tabur bahan hiasan. Siap!

hati lembu masak pengantin

Mungkin rezeki anda untuk dapat beberapa bahagian daging lembu korban pada Hari Raya Haji kali ini, tapi tak perlu risau untuk menguruskan bahagian hati lembu.

Dengan resipi Hati Lembu Masak Pengantin ini, anda boleh jadikannya sebagai lauk juadah raya buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Zairi

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN