Buat sesetengah wanita, sudah menjadi rutin mereka memasak pada setiap hari. Namun begitu, pernahkan anda mengintai warna api dapur gas?
Selalunya ia akan berwarna biru. Tapi kadangkala ia boleh menjadi warna kuning, jingga dan merah. Apakah perbezaan warna-warna ini?
Jika ada yang belum tahu, setiap warna api di dapur gas mempunyai maksud tersendiri. Warna ini juga menentukan sama ada ia bahaya atau tidak.
Oleh itu, mari kita ketahui maksud di sebalik warna api seperti perkongsian di bawah. Jom sama-sama membacanya.
Baca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan
Api Dapur Berwarna Biru
Api berwarna biru bermaksud dapur gas anda dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Api yang berwarna biru juga membawa maksud kepada jumlah gas dan oksigen yang betul digunakan untuk pembakaran sempurna.
Mempunyai suhu melebihi 1500°C membuatkan api warna biru ini tidak mengandungi gas beracun iaitu karbon monaksida. Selain itu, api ini juga tidak menghasilkan asap.
Api Berwarna Merah
Api berwarna merah ini menunjukkan ia kekurangan oksigen dan menyebabkan pembakaran yang tidak lengkap.
Mempunyai suhu hanya sekitar 1000°C, ia adalah api yang berada di luar dan tidak panas berbanding yang lain.
Jumlah gas karbon monoksida yang terdapat dalam api berwarna merah ini juga lebih tinggi berbanding dengan api berwarna kuning dan jingga.
Api Berwarna Jingga Atau Kuning
MempunyaI suhu dari 1000°C sehingga 1200°C menunjukkan pembakaran tak berlaku dengan sempurna.
Rumah anda boleh menjadi tempat pengumpulan gas karbon monoksida. Oleh itu, tutup dapur gas dan tinggalkan rumah seketika kerana bahaya jika menghidu bau karbon monoksida.
Sumber: Facebook Koleksi Resepi Mudah dan Sedap
Baca juga: Jangan Panik Jika Terhidu Gas Bocor Di Rumah, Buat INI Dahulu
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…