Beberapa hari lepas, tular di laman sosial TikTok berkenaan sebuah pasar ikan di Qatar yang begitu cantik dan bersih sehingga mampu membuat orang ramai tertukar dengan hotel.
Jika mahu dibandingkan pasar ikan di Malaysia dan di Qatar, ibarat langit dan bumi. Namun, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.
Difahamkan, lokasi pasar ikan tersebut terletak di Pelabuhan Lama Doha, Daerah Mina, Qatar (Mina District, Doha Old Port).
Menerusi video yang dikongsi oleh irinaalofficial di TikTok, menurutnya pasar ikan tersebut adalah paling cantik yang pernah dilihatnya.
@irinaalofficial Fish market like I’ve never seen before 😍 #qatar #minadistrictqatar #dohaport #qatar2022 #qatar🇶🇦 #qatartiktok #qatartiktok🇶🇦 #fifa22 #worldcup2022 #worldcup #visitqatar #fishmarketqatar #fishmarketdoha #minaportqatar #qatarblogger
Tertukar dengan hotel
Warganet turut terpukau dengan kecantikan pasar ikan itu sehingga tertukar dengan pusat beli belah dan hotel.
Paling bersih pernah lihat
Pasar ini secara tidak langsung menjadi daya tarikan terbaru di bandar berkenaan.
Sumber: TikTok irinaalofficial