wantan cendawan enoki

Petang-petang ini, sedap juga kalau dapat makan kudapan. Mari cuba buat Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung. Cicah bersama sos cili memang lazat!

Hidangan ini dibuat dari cendawan enoki yang dibungkus dengan kulit wantan, dilapisi dengan adunan tepung, dan kemudian digoreng hingga ranggup. 

Baca juga: Daging Enoki Roll Resepi MUDAH, Tak Sampai 15 Minit Siap!

Cendawan enoki berbentuk panjang seperti benang dan mempunyai rasa yang lembut. Kebiasaanya, cendawan ini sering digunakan dalam masakan Asia seperti Jepun dan Cina.

Berikut adalah resipi perkongsian dari Cik Puan Aishah Masri yang anda boleh cuba. 


RESIPI WANTAN CENDAWAN ENOKI GORENG TEPUNG

wantan cendawan enoki

Bahan-bahan: 

  • Cendawan enoki
  • Kulit wantan
  • Tepung goreng serbaguna Bestari

Cara-cara membuat:

1. Buang akar cendawan, basuh dan leraikan kemudian toskan sehingga kering air.

2. Kemudian balut dengan kulit wantan. Hendak bagi lekatkan kulit wantan, hanya guna air saja.

wantan cendawan enoki

3. Kemudian bedakkan dengan tepung serbaguna. Tak perlu guna telur untuk bagi melekat.

4. Bila minyak dah panas boleh goreng sehingga masak kekuningan. Kemudian, siap!


Pastikan untuk berhati-hati saat menggoreng dan menggunakan minyak panas. Bukan itu saja, anda boleh menyesuaikan jumlah bahan sesuai dengan selera masing-masing. 

Selamat mencuba resipi Wantan Enoki Mushroom ini!

Baca juga: Cara Buat Cendawan Enoki Butter Ala Anju, Buat Makan Ratah Petang-petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN