Buat kalian yang nak mula menurunkan berat badan, boleh mulakan dengan pemakanan yang sihat dulu. Antaranya boleh cuba resipi ayam sihat ini.
Hasil perkongsian dari Puan Fatihah, menu ini sangat sedap, mudah dan ringkas untuk dibuat.
Menurutnya, sudah 5 tahun diamalkan oleh beliau dan suaminya untuk gaya hidup yang lebih sihat.
Jom lihat resipi dan perkongsian oleh Puan Fatihah di bawah.
RESIPI AYAM SIHAT UNTUK DIET
“Makan dengan sedap dan sihat. Maaf, saya post hanya untuk berkongsi apa yg saya makan. Saya hormati segala cara pemakanan awak semua, setiap orang tak sama tapi inilah cara saya sejak hidup sama sama dengan suami.
Suami saya adalah pakar nutrition dan atlit bina badan, awal tu saya ikut sebab taknak suami kecil hati lama lama nampak hasil yang hebat saya jadi seronok dan teruja.
Dah 5 tahun saya makan macamni , bila diluar saya akan makan apa pun, saya normal macam orang lain jugak cuma takkan ada gula didalam rumah.
Nak buat guna daging pon sedap tau.”
Bahan ayam sihat sedap:
- Isi ayam 1kg dikisar
- Telur 5-6 biji
- Segala jenis sayur yang awak suka
- Blackpepper dan white pepper
- Garam pink
- Bawang putih dan bawang besar
Cara-cara:
1. Guna sedikit minyak medella untuk menumis bawang putih yang dicincang dan bawang merah yang dipotong dadu.
2. Kemudian satukan semua bahan dan kukus.
3. Masa nak makan, saya akan grill sikit bagi warna nampak menarik.
4. Cara tak sihat, boleh dipotong dadu selepas kukus, celup telur dan goreng macam nugget atau tambah tepung, bulat-bulat atau buat bentuk yang disukai. Ikut cara masing-masing, boleh tambah perasa yang disukai namun perlu dikawal kuantitinya supaya tidak berlebihan.
5. Kalau tak nak kukus pun boleh, masak saja atas kuali. Biar dia jadi macam telur hancur. Boleh makan dengan roti atau wrap. Kalau makan ala wrap, tambah sedikit sos kewpie pon sedap.
6. Olah saja resipi ini mengikut selera kita tapi awal pengambilan sos dan apa-apa bahan perasa.
Kredit: Saya Fatihah