Resepi siakap stim limau ini antara hidangan senang dan sedap untuk dimasak! Sesuai sangat kalau anda mahu masak cepat tapi mahu hidangan yang menyelerakan.

Bayangkan isi ikan siakap yang lembut, dicurah pula kuah limau yang masam-masam manis. Fuh, Memang membuka selera!

Resepi ini mudah saja, tak perlu banyak bahan pun. Cuma perlu guna bahan-bahan segar untuk rasa yang lebih ‘umph’! Pastikan ikan juga segar, barulah rasa lagi ‘terangkat’.

Jom cuba resipi ikan siakap stim limau di bawah, dijamin puas hati. Hidangan ini bukan saja sedap, malah sangat berkhasiat. Sesuai untuk seisi keluarga!

Baca juga: Ikan Cencaru Sumbat Tanpa Kelapa, Rupanya Lagi Sedap & Ramai Suka!

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

resepi siakap stim limau

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Kukus ikan bersama serai dan halia sehingga ikan masak.

resepi siakap stim limau

2. Untuk kuah pula, kisar bawang putih, cili api, sos ikan, garam, gula dan daun ketumbar. Selepas itu perahkan limau kasturi.

3. Masak kuah yang sudah dikisar atas api selama dalam 2-3 minit sahaja.

4. Boleh curahkan kuah ke atas ikan yang telah dikukus. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

resepi siakap stim limau

Kredit resipi dan gambar: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending