Seorang wanita terkejut apabila menemui bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu yang dibelinya di Bayan Baru, Penang. Netizen desak supaya lokasi gerai didedahkan.

Makanan viral yang sepatutnya sedap bertukar mimpi ngeri, apabila seorang wanita menemui bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu yang dibelinya dari sebuah kedai di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pisang goreng tiramisu itu kelihatan lazat seperti yang selalu dibeli, disalut coklat, ditabur serbuk tiramisu dan nampak rangup di luar.

Baca juga: Lelaki Jual Daging Landak Curi Perhatian Netizen, Ada Yang Kata Sedap Buat Rendang!

WANITA BELI PISANG GORENG TIRAMISU, TAPI JUMPA BANGKAI CICAK

Melalui satu video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna bernama alisha.azni, dia berkongsi detik mengejutkan apabila menemui bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu yang dibelinya dari sebuah kedai.

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, kelihatan wanita berkenaan menunjukkan pisang goreng dengan seekor bangkai cicak tersembunyi di antara lapisan isi dan salutan coklat.

Reaksi terkejut dan jijik dapat dirasai dari nada kapsyen video tersebut, yang nyata menunjukkan dia sendiri hampir tidak percaya dengan apa yang ditemuinya.

“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng, hati-hati guys kedai pengotor tak bertanggungjawab, food poisoning atau kehilangan nyawa sebab terracun kena tanggung sendiri sebab owner tak kisah asalkan untung hanya di LAKSA KUAH PEKAT BAYAN BARU PENANG.”

-alisha.azni-

ANTARA KOMEN NETIZEN, RUPANYA RAMAI YANG PERNAH BELI DI KEDAI ITU

“Apa ni kita regular customer tau!”

bangkai cicak

“Ada berus dawai dalam kuah laksa.”

bangkai cicak

“Belah mana kedai dia?”

bangkai cicak

“Beli bihun sup ada 4 ekor lalat.”

SUDAH PERGI DUA KLINIK, TAPI MASIH BELUM SEMBUH DARIPADA KERACUNAN MAKANAN

Melihat pada komen, difahamkan wanita itu sudah pergi dua klinik kerana masih keracunan makanan dari 29 Mei tapi sampai sekarang masih belum sembuh lagi.

Buat peniaga, ini peringatan untuk lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan. Buat pembeli pula, selalulah periksa makanan yang dibeli dari luar setiap kali sebelum makan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: alisha.azni

Baca juga: Wanita Kena ‘Ketuk’ Harga Sampai RM35 Ketika Beli Buah Potong, Rupanya Ditimbang Sekali Dengan Plastik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN