Bila tiba musim durian ni memang wajib buat pencuci mulut yang berasaskan durian seperti pulut durian dan serawa durian. Selain 2 jenis ini, korang juga wajib cuba buat Durian Crepe Gebu.
Siapa yang biasa makan durian crepe ni mesti tahu rasa dia macam mana kan. Bila gigit tu lembut je dalam mulut sebab salah satu inti dia adalah whipping cream. Bila bergabung pula dengan durian, mantap betul rasa dia!
Harga kat kedai boleh tahan mahal juga harga dia. Makan satu tak puas! Bila beli sebekas tak cukup. Haa, apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Bahan-bahan pun simple je, sekali buat boleh dapat banyak. Selamat mencuba ya!
Baca juga: Musim ‘Doyan’ Dah Tiba, Cuba 5 Resepi Durian Yang Simple Ini
CARA BUAT DURIAN CREPE GEBU
Bahan-bahan kulit crepe:
- 1⁄2 cawan susu full cream (panaskan sehingga suam-suam kuku)
- ¾ cawan air
- 3 sdb gandum
- 3 sdb tepung ubi
- 1 1⁄2 sdb tepung jagung
- Secubit garam
- Gula halus 1 sdb
- Minyak masak 1 sdb
- 1 sdk esen vanilla
- 1 biji telur dan 1 biji kuning telur sahaja
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara membuat kulit crepe:
- Satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
- Kemudian tapis adunan dan biarkan sekejap dalam 5 minit.
- Guna kuali non-stick. Hidupkan api perlahan.
- Sendukkan sedikit adunan dan tuang ke dalam pan.
- Lenggangkan kuali supaya adunan rata dan kulit crepe nipis.
- Biarkan sehingga timbul bintik-bintik dan boleh terbalikkan atas pinggan.
Bahan-bahan inti crepe:
- Non dairy whipping cream
- Isi durian segar
Cara-cara membuat inti:
- Pukul whipping cream sehingga kental.
- Ambil sekeping kulit crepe, letakkan sedikit whipping cream dan isi durian di tengah-tengah kulit crepe.
- Balut mengikut cara masing-masing.
- Siap! Selamat mencuba.
Kredit resipi & gambar: Masturina Ismail, Hanizanor Binti Mohamed