Categories: Resipi

Wanita Ini Dedah Rahsia Kesedapan Gulai Ayam Kelantan, Memang Padu!

Setiap kali ke Kelantan memang wajib cari nasi berlauk gulai ayam Kelantan untuk sarapan pagi. Rasa dia memang padu habis.

Kalau ada yang dah lama nak cuba masak sendiri gulai ayam macam di Kelantan, boleh ikut resipi perkongsian oleh Afy AL Habibi atau lebih mesra dipanggil Cikgu.

Beliau merupakan anak jati Kelantan yang mewarisi resipi tersebut dari ibunya. Lihat resipi lengkap oleh beliau di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Rahsia Gulai Ayam Kelantan

Gabungan rasa kuah yang unik, pekat dan secukup rasa. Cikgu suka gila makan kaki ayam empuk begini dan ‘kopeh-kopeh’ ayam yang lain.

Jom mula masak. Untuk kuantiti 6-7 ketul ayam.

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 ulas bawang putih saiz kecil
  • 3 hiris nipis serai
  • 1/2 hiris nipis lengkuas
  • 1/2 hiris nipis halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis

Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.

Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.

Di sini rahsianya. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rasa gulai ayam lebih sedap.

  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu besar rempah kerutuk
  • 1/3 sudu kecil kecil serbuk cili

Untuk merasai sendiri keenakan gulai yang mempunyai rasa asli, sedap dan wangi bolehlah menggunakan rempah timbang yang dibeli di Kelantan.

Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.

Barulah masukkan 1 cawan air.

Masukkan perasa peringkat pertama:

  • 1/2 relung kecil nisse
  • 1/2 sudu besar garam
  • Sedikit perasa

Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.

Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.

Disebabkan cikgu masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.

Nah ini yang kita nak ya. Isi pada kaki ayam sedikit lekang.

Barulah boleh tambah 2 senduk santan.

Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.

Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.

Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.

Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.

Nanti makanlah nasi bungkus buat macam cikgu ni. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.

Kredit: Cikgu Afy AL Habibi

Baca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri

Nasiha

Recent Posts

Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…

23 hours ago

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…

1 day ago

Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…

1 day ago

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…

1 day ago

Resipi Roti Goreng Keju Bersama Hirisan Ayam, Snek Rangup Untuk Si Kecil

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…

1 day ago

Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…

1 day ago