Categories: ArtikelInfomasi

Viral Seafood Buffet Dinner Di Hotel Weil Ipoh – Memang Berbaloi

Bila kita merancang untuk makan buffet di hotel, sudah pasti kita nak yang sedap dan berbaloi dengan harga yang kita bayar kan? Haa ada seorang pemilik akaun di Twitter berkongsi tentang pendapatnya selepas makan seafood buffet dinner di sebuah hotel di Ipoh Perak. Kepada pecinta makanan laut, kami rasa ini lah tempat syurga makanan untuk anda!

Viral Seafood Buffet Dinner Di Hotel Weil Ipoh:

Pemilik akaun iaitu Hunain @Hunain_ ada berkongsi tentang buffet di Hotel Weil.

Haritu aku try Seafood Buffet Dinner dekat Weil Hotel Ipoh So here what i think,korang yang nak pergi tu elok baca dulu…

Walapun harganya agak mahal sedikit, tapi jika anda lihat pada makanan yang mereka sediakan, confirm anda dah tak pandang harga tu. Memamgn berbaloi.

okay first impression wow mahal jugak eh for ipoh rate, then when i look at the menu, looks good and aku pun try

Selain itu, Hunain juga ada berkongsi watak utama di buffet itu iaitu salmon mereka.

This salmon is The Main Character dekat sini i think sedap weyh aku refill benda ni sampai 4 kali

Lepas tu seafood on ice dia fresh , ada unlimited oyster tempat pun selesa” 

Yang menariknya di sini, jika anda memesan pasta, mereka akan masak di hadapan anda. Memang sedaplah kan makan makanan yang baru dimasak!

Kalau mintak Aglio olio memang dia masak depan mata siap ambik udang fresh, the japanse section was also so good

Ohh lupa nak highlights this menu hahaha for me chili crab ni boleh tahan sedap makan dgn nasi goreng bertambah tambah, but diorang ada serve mini bun incase korang taknak makan dengan nasi
nak ulas panjang sangat pun tak guna i think it worth it, and korang orang ipoh or anyperson yg menginap nak dekat area sini boleh try owhh lepas tu boleh lepak dekat rooftop Weil Hotel order air memang best tenangkan jiwa
Seronok kan tengok semua menu seafood yang disediakan di Hotel Weil Ipoh ni kan? Sambil makan makanan yang sedap ni sambil boleh tengok view Ipoh di rooftop hotel pulak, memang layan! Kepada anda yang nak datang buffet ini beroperasi dari pukul 6PM hingga 10.30 PM tau.
Sumber: @Hunain_

 

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago