udang sambal petai

Apabila waktu tengah hari hampir tiba, pasti ramai yang akan terus ke dapur untuk memasak. Jika tiada idea lauk, anda boleh cuba buat Udang Sambal Petai yang lazat.

Di Malaysia, hidangan ini telah menjadi salah satu lauk pilihan di kedai makan nasi campur yang sering laku keras kerana kombinasi udang dan petai memang terbaik di dalam sambal.

Nor Farah Atika telah kongsikan cara-cara memasak Udang Sambal Petai yang mudah di Facebook bersama bahan rahsia supaya hidangan ini menjadi ekstra sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!

RESIPI UDANG SAMBAL PETAI

udang sambal petai

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, lumur udang dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separuh masak dalam 2 minit, angkat dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, kisar halus bawang merah dan bawang putih (lebihkan bawang merah supaya sambal jadi pekat).

3. Seterusnya, masukkan bahan kisar ke dalam minyak goreng udang tadi (kena lebihkan minyak jika nak sambal jadi sedap dan cantik kejadiannya).

4. Masukkan cili kisar (jangan risau jika warna tak merah semasa mula menumis), asam jawa dan gula nisan (rahsia sambal warna cantik, pekat dan ekstra sedap).

udang sambal petai

5. Letakkan garam atau serbuk cukup rasa mengikut citarasa masing-masing.

6. Selepas kelihatan sudah masak, boleh masukkan udang yang telah digoreng separuh masak tadi dan campakkan petai secukupnya. Siap!

Tak ramai suka makan petai tapi apabila dimasukkan bersama sambal, aromanya cukup terasa nikmat. Apabila makan sekali, sampai esok masih teringat kesedapannya.

Selain dimasak dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak, anda boleh dapatkan hasil Udang Sambal Petai yang sedap dengan memasukkan sedikit gula nisan di dalamnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resepi Chee Cheong Fun Udang, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Guna Rice Paper

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN