Categories: Resipi

Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia, Gebu dan Sedap

Ada penggemar Burger Malaysia dekat sini? Apa kata kita cuba buat Tuna Thai Bread yang seakan sama dengan kuih kita.

Resipi ini menggunakan inti tuna chili bercampur mayonis. Dihiaskan juga dengan salad dan sayur timun.

Berbeza sedikit dengan resepi burger Malaysia yang berintikkan sambal ikan bilis yang sama seperti sambal nasi lemak.

Baca juga: Cara Buat Burger Malaysia

Bahagian rotinya pula akan digoreng dengan sapuan telur dan taburan bread crumb. Confirm ramai yang suka!

Hidangan ini juga boleh dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang sekeluarga.

Resipi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Hidayati Hana dan ramai juga yang teruja dan share untuk dicuba dirumah.

Resipi Tuna Thai Bread Ala Burger Malaysia

Bahan-bahan:

  • 250gram tepung high protein (tepung gandum pun boleh)
  • 40gram gula halus
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • 1 biji kuning telur
  • 100ml air
  • 30gram marjerin/ shortening
  • 1 biji telur (untuk sapu atas doh)
  • Bread crumb secukupnya

Bahan untuk inti:

  • 1 tin tuna chili
  • 1 sudu besar mayonis
  • Salad/ timun

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam mixer atau bread maker dan uli sehingga sebati.

2. Uli hingga doh jadi elastik.

3. Bahagikan setiap doh kepada 50gm dan bentukkan bulat. Sukatan ni akan dapat dalam 10-11 biji.

4. Perapkan hingga doh kembang dalam 30-40 minit macam tu.

5. Bila dah kembang, sapukan telur menggunakan brush dan taburkan bread crumb atas doh tadi.

6. Panaskan minyak goreng dengan api perlahan. Dan goreng doh sehingga kekuningan.

7. Dah siap, belahkan 2 jangan sampai putus.

8. Letakkn salad, timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup. Sedia untuk dihidang.

Tak susah pun nak buatnya! Nak men doh pagi-pagi pun boleh sangat. Tak perlu juga nak masak intinya, beli je inti tuna tin yang pedas tu dah cukup. Nak pilih apa-apa jenis brand pun boleh.

Selamat mencuba.


Sumber: Hidayati Hana

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago