
Tengah sedap makan ayam goreng waktu makan tengah hari, tiba-tiba ternampak kesan merah atau seperti darah pada bahagian tulang ayam? Reaksi pertama biasanya rasa kurang selesa dan terus risau sama ada ayam itu mentah atau tidak.
Sebenarnya, ramai keliru antara ayam mentah dan kesan semula jadi sumsum tulang yang masih merah walaupun sudah dimasak. Jangan risau, artikel ini akan bantu anda bezakan selamat atau bahaya supaya tidak membazir dan tetap menikmati hidangan dengan selamat.
Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah
TULANG AYAM WARNA MERAH JANGAN AMBIL MUDAH, INI CARA BEZA SELAMAT ATAU BAHAYA

1. Periksa Tekstur Daging
Bahaya:
- Daging di sekeliling tulang nampak berkilat, lutsinar seperti jelly
- Lembik bila ditekan
- Ini tanda bakteria seperti Salmonella mungkin ada. Jangan makan.
Selamat (Masak Sempurna):
- Daging nampak putih atau kelabu, berserat dan mudah dicarik dari tulang
- Tulang mungkin nampak merah atau ungu gelap sahaja
- Itu cuma kesan pewarnaan semulajadi dari sumsum tulang ayam muda, bukan darah hidup
2. Kenapa Tulang Ayam Jadi Merah Walaupun Dah Masak
Warna merah pada tulang ini biasanya berlaku pada ayam muda kerana tulangnya masih lembut dan berliang. Semasa memasak, pigmen dari sumsum tulang akan meresap keluar dan mewarnakan daging di sekeliling tulang. Ini bukan darah hidup, tetapi pewarnaan semulajadi yang selamat.
3. Tip Keselamatan
Walaupun kesan merah pada tulang biasanya selamat, pastikan daging tidak mempunyai tekstur jelly atau lembik. Jika anda menjumpai bahagian seperti itu, sebaiknya minta tukar atau masak semula.
Selain itu, memasak ayam sehingga suhu dalaman mencapai 75°C membantu memastikan semua bahagian ayam selamat dimakan. Jika hanya tulang yang kelihatan lebam atau merah sedikit tetapi daging di sekelilingnya normal, teruskan menikmati hidangan tanpa membazir kerana bahagian itu masih selamat.
Sumber: Public Health Malaysia
Baca juga: Tip Kurangkan Pahit Peria Dengan 1 Bahan, Cuba Petua Ini Confirm Berkesan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














