Categories: Tips & Petua

Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

Kerang merupakan antara makanan laut kesukaan ramai kerana teksturnya yang kenyal dan rasanya yang enak. Tapi tak ramai tahu tentang tips rebus kerang yang betul.

Selain ditambah dalam masakan, kerang boleh dijadikan sebagai antara makanan wajib diamalkan bagi yang ingin tambahkan darah.

Tapi sesetengah orang tak tahu cara merebusnya sampaikan mengambil masa begitu lama kerana takut ia berbau hanyir ketika dimakan.

Jika anda merebusnya dalam waktu yang lama, bukan saja isinya menjadi kecut dan liat, malah nutrisinya juga hilang dibuatnya.

Baca juga: Tak Perlu Guna Air, Ikut Cara Rebus Kerang Ini Supaya Isi Lembut & Tak Berair

Sebenarnya ada banyak lagi cara menarik yang anda boleh gunakan untuk merebusnya dengan betul.

Tapi jika nakkan isi yang padat, lembut dan tak liat, anda gunalah tips rebus kerang yang dikongsikan oleh Ibu Azzah melalui video di Tik Tok ini.

TIPS REBUS KERANG DALAM 1 MINIT

1. Mula-mula, rebuskan air sehingga mendidih terlebih dahulu.

2. Kemudian, masukkan kerang yang telah dibersihkan ke dalam air yang mendidih.

3. Selepas itu, terus tutup periuk dengan penutup periuk dan rebuskan selama 1 minit.

4. Cukup 1 minit, terus tutup api, dan bolehlah diangkat dan ditoskan airnya.

Kami yakin anda akan terkejut dengan hasil daripada tips rebus kerang ini. Walaupun tak ambil masa lama, tapi isi kerangnya sangat berjus, lembut dan tak liat.

Daripada rebus lama-lama tapi dapat hasil tak memuaskan, lebih baik guna tips rebus kerang dalam masa 1 minit ini. Sekejap saja sudah siap!

Selepas itu, bolehlah anda gunakan kerang yang telah direbus tadi untuk hasilkan hidangan lain yang lazat buat seisi keluarga.

Dengan isi kerang yang gemuk dan berjus, sesiapa saja akan tergoda untuk memakannya. Lebih sedap jika dicicah dengan air asam, sos Thai atau sambal kicap.

Selamat mencuba!

Sumber: Ibu Azzah

Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago