Categories: Resipi

Cara Buat Sambal Nasi Kak Wok, Pedas Dan Manisnya Cukup Rasa!

Sesetengah orang merasakan hidangan tak lengkap tanpa sambal di sisi. Ramai yang teringin tahu cara buat Sambal Nasi Kak Wok yang sedap.

Nasi Kak Wok merupakan hidangan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan gulai pekat dan sambal belacan.

Ia cukup popular di negeri Kelantan, terutamanya daerah Kota Bharu. Sekarang dah banyak kedai makan di seluruh Malaysia ada hidangan ini dalam menu mereka.

Hidangan ini terkenal dengan rasa sambalnya yang pedas dan manis. Ia merupakan antara resipi sambal yang dicari-cari sekarang.

Dilla Nazri telah berkongsikan resipi di Facebook yang cukup sedap. Caranya pun tak susah mana, semua orang boleh buat.

Baca juga: Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit, Ikut Cara Mudah Ini

RESIPI SAMBAL NASI KAK WOK

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili kering (direbus)
  • 10 biji cili besar merah
  • 30 biji cili padi hijau
  • 6 biji limau kasturi (potong dua, buang biji, ambil air dan kulit)
  • 1 ulas bawang putih (dibakar)
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula atau secukup rasa
  • 2 hingga 3 sudu kecik garam atau secukup rasa

Cara-cara:

1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

2. Satukan semuanya ke dalam pengisar.

3. Kisar namun jangan sampai terlalu halus.

4. Tuang sambal ke dalam bekas yang bersesuaian dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya sambal tahan lama.

Apa yang menariknya tentang Sambal Nasi Kak Wok ini adalah semakin lama sambal ini disimpan, semakin sebati perisanya dan lebih sedap rasanya.

Sambal yang cukup dengan pedas dan manis ini membuatkan ia enak dimakan bersama nasi berlauk. Rasanya juga sangat seimbang dan harmoni.

Selepas ini bolehlah anda jadikannya salah satu koleksi sambal yang ada di rumah. Nak makan pun senang, tinggal keluarkan daripada bekas saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Dilla Nazri

Baca juga: Rahsia Sambal Kicap Yang Pekat & Power, Kena Letak Satu Bahan ‘Rahsia’ Ini

Aimi

Recent Posts

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

14 minutes ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

48 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 hour ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

1 hour ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

2 hours ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

3 hours ago