Categories: Tips & Petua

5 Tips Nasi Lemak Sedap, Rupanya Tak Perlu Tambah Minyak Pun!

Nak nasi lemak yang wangi, lembut dan cukup lemak? Ada beberapa tips nasi lemak sedap yang boleh dicuba di rumah untuk menghasilkan nasi yang lebih menyelerakan. Rahsianya bukan sekadar pada santan, tetapi juga pemilihan beras dan cara menggunakan bahan tambahan.

Menerusi perkongsian Farrah Rahim di Facebook, terdapat lima tip mudah yang boleh dijadikan panduan. Menariknya, santan segar dikatakan sudah memadai tanpa perlu menambah minyak, selain penggunaan daun pandan, halia dan bawang rose untuk menaikkan aroma nasi.

Baca juga: 8 Tips Popia Goreng Kekal Rangup & Tak Berminyak Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

5 TIPS NASI LEMAK SEDAP YANG RAMAI BOLEH CUBA

1. Gunakan Beras Wangi

Pemilihan beras memainkan peranan penting untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap. Farrah mencadangkan penggunaan beras wangi bagi mendapatkan aroma yang lebih menyelerakan.

Jika menggunakan beras biasa, boleh campurkan sedikit beras pulut untuk membantu menghasilkan tekstur nasi yang lebih melekit. Menurut perkongsiannya, beras basmati bukan pilihan yang disarankan untuk kaedah ini.

2. Pilih Santan Segar, Tak Perlu Tambah Minyak

Santan menjadi antara bahan utama yang menentukan rasa lemak nasi lemak. Farrah berkongsi bahawa santan segar boleh digunakan tanpa perlu menambah minyak kerana santan itu sendiri mengandungi lemak semula jadi.

Selain membantu memberikan rasa lemak, santan segar juga menyumbang kepada aroma nasi yang lebih menyelerakan.

3. Koyakkan Daun Pandan Sebelum Dimasak

Nak nasi lemak lebih wangi? Jangan lupa masukkan daun pandan ketika memasak nasi.

Farrah mencadangkan supaya daun pandan dikoyakkan terlebih dahulu. Jika mahu menyimpulkannya, ramas atau tumbuk perlahan supaya aromanya lebih mudah keluar ketika nasi dimasak.

4. Masukkan Halia Dalam Kuantiti Sederhana

Halia juga boleh digunakan untuk menambahkan aroma nasi lemak. Caranya, ketuk sedikit halia sebelum memasukkannya ke dalam periuk nasi.

Namun, jangan gunakan terlalu banyak. Menurut Farrah, kuantiti halia yang berlebihan boleh mengatasi aroma daun pandan dan santan, sedangkan kedua-duanya antara bau yang diharapkan dalam nasi lemak.

5. Goreng Bawang Rose Separuh Masak

Ini satu lagi tip yang boleh dicuba untuk mendapatkan nasi lemak yang lebih sedap. Farrah mencadangkan penggunaan bawang rose kerana rasanya yang lebih manis.

Goreng bawang rose sehingga separuh masak, kemudian toskan sebelum dimasukkan ke dalam periuk nasi. Menurut perkongsiannya, bawang putih pula tidak diperlukan untuk kaedah ini.

Rahsia Nasi Lemak Sedap Bermula Dengan Bahan Yang Betul

Untuk menghasilkan nasi lemak yang harum dan menyelerakan, pemilihan bahan serta sukatan yang sesuai tidak boleh dipandang ringan. Beras wangi, santan segar, daun pandan, sedikit halia dan bawang rose boleh menjadi kombinasi yang menarik untuk dicuba.

Lima tips nasi lemak sedap yang dikongsikan Farrah Rahim ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menyediakan hidangan kegemaran ramai itu di rumah.

Apabila nasi sudah masak, hidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, kacang tanah, telur dan hirisan timun untuk melengkapkan sajian. Barulah terasa nikmat menikmati nasi lemak buatan sendiri!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Farrah Rahim

Baca juga: Petua Lembutkan Paru Sebelum Digoreng, Hasilnya Lebih Empuk Rangup Dan Tak Hanyir

Aimi

Recent Posts

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

46 minutes ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

3 days ago