PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-14 08:17:10
Kebiasaannya buah limau kasturi dijual secara timbang kilo atau dibungkus siap-siap bagi memudahkan pelanggan. Tetapi yang menjadi masalah apabila kita hanya ingin menggunakannya sedikit dan selebihnya pasti akan jadi kering dan busuk jika simpan terlalu lama. Apa kata korang cuba tips dari Siti Fatimah Abas Siti Fatimah Abas untuk kekalkan kesegaran buah limau kasturi ini supaya tahan lebih lama! Barulah tak membazir!
Bahan-bahan:
- Pisau
- Penapis kopi
- Bekas kiub ais
- Cawan
Cara-caranya:
- Mula-mula basuh kesemua limau yang dibeli sehingga bersih. Kemudian, potong dua semuanya supaya lebih mudah untuk diperah.
- Gunakan penapis kopi untuk memerah limau supaya tidak bercampur dengan serpihan-serpihan limau.
- Kemudian, perah sehingga dapat secawan penuh seperti dalam gambar.
- Selepas itu, tuangkan air perahan limau tadi ke dalam bekas kiub ais.
- Simpankan ke dalam peti sejuk semalam supaya air perahan limau ini betul-betul beku.
- Gunakan ais kiub limau ini bila ingin diperlukan.
Siap! Mudah sahaja kan? Korang pun dah tak perlu susah susah memerah limau ni untuk masakan, hanya tinggal masukkan saja 2 ke 3 ketul saja. Selain itu, korang juga boleh gunakan kiub ais limau ini untuk membuat the o limau juga. Selamat mencuba!