Categories: Tips & Petua

Tips Menyediakan Sambal Tumis Yang Pekat, Sedap & Tahan Lama

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-24 04:32:11

Bagi mereka yang menyukai makanan pedas, sambal tumis ini pasti menjadi kegemaran untuk dimakan bersama lauk yang lain. Untuk menjadikan sambal tumis tu sedap dan tahan lama, korang cuma perlu gunakan beberapa bahan dan cara memasak yang betul je! Jom kita ikuti petua yang dikongsikan oleh Che' Nom ni.

Kredit: Keluarga

 

Bahan-bahan:

1. CILI KERING

Kredit: Keluarga

Rasa sambal akan jadi lebih padu kalau kita gunakan cili kering berbanding cili boh. Pemilihan cili kering ni sangat penting sebab ianya mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas daripada cili kering yang berkedut dan kerinting. Haa yang ini terpulang mengikut citarasa masing-masing sama ada nak buat tahap kepedasan sambal tu macam mana. 

2. BAWANG

Kredit: Bukanaku

Bawang besar, bawang merah dan bawang putih ni digunakan sebagai bahan utama untuk dikisar bersama cili kering. Bahan menumis pula cuma perlukan bawang besar je.

3. BELACAN

Kredit: New Malaysian Kitchen

Belacan ni penting untuk digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis. 

4. AIR ASAM JAWA

Kredit: DatinHepi

Sambal tumis ni tak akan complete kalau kita tak masukkan elemen masam di dalam sambalnya. Kalau tak ada asam jawa, jangan risau! Ganti je dengan asam keping, yang penting kena ada rasa masam-masamnya tu.

 

Cara-cara:

  1. BUANG BIJI DAN REBUS
    Gunting cili kering dan buang bijinya. Kemudia, rebus cili di dalam air sehingga mendidih kemudian tapiskan air untuk mengurangkan rasa ketajaman pedas cili, Ini juga untuk menjadikan sambal tahan lebih lama.
  2. TUMIS DENGAN MINYAK YANG CUKUP
    Sambal harus ditumis di dalam kuantiti minyak yang banyak supaya cili masak dengan elok.
  3. MASAK HINGGA PECAH MINYAK
    Cara nak tahu sama ada dah pecah minyak atau belum adalah apabila sambal dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepinya. Warna sambal pun akan bertukar menjadi sedikit gelap. Kalau rasa kuah sambal tu agak kering, bolehlah  tambah sedikit air untuk elakkan kuah sambal hangit.

Haa mudah kan? Boleh lah korang cuba nanti!

myresipi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago