Categories: Tips & Petua

Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini

Sesiapa yang rajin di dapur kena tahu tips memasak untuk betulkan kesilapan terlebih pedas, masin, masam dan manis dalam masakan.

Kadangkala ramai tak perasan kuantiti bahan masakan yang digunakan sampai hidangan tak memenuhi citarasa, nak makan sampai habis pun jadi tak berselera dibuatnya.

Kali ini kami kongsikan beberapa tips memasak untuk betulkan rasa yang terlebih dalam masakan, bolehlah anda praktis di rumah nanti!

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

TIPS MEMASAK UNTUK BETULKAN KESILAPAN DALAM HIDANGAN

  • Terlalu pedas

Masakan yang terlalu pedas boleh membuat mereka yang tak tahan terus berhenti memakan hidangan tersebut. Oleh itu, anda boleh tambahkan gula untuk mengatasinya.

Selain itu, produk tenusu seperti susu, yogurt atau keju juga boleh mengurangkan rasa pedas mengikut kesesuaian masakan.

  • Terlalu masin

Bagaimana jika masakan terlalu masin pula? Ia cukup mudah dengan masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan mendidih.

Jika tiada kentang, anda boleh masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain yang jarang. Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin.

  • Terlalu masam

Masakan yang terlebih masam boleh mengurangkan rasa sedap dalam hidangan. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh masukkan secubit gula atau garam dahulu.

Kemudian, anda boleh seimbangkan rasa masakan dengan minyak atau mentega.

  • Terlalu manis

Mula-mula, boleh tambah sedikit garam untuk mengimbangkan semula rasa manis yang terlebih tadi.

Selain itu, makanan atau bahan yang mempunyai rasa masam seperti tomato, cuka atau lemon boleh membantu mengurangkan rasa manis dalam masakan. Pada masa yang sama, cara ini juga mampu mengurangkan rasa masin.

Jika anda perasan, masakan orang dulu-dulu sering dihidangkan secara berkuah. Hal ini disebabkan air boleh meresap rasa manis yang terlebih.

Tak ramai yang tahu bahawa menambah makanan bersifat neutral atau tak mempunyai rasa seperti tauhu, tempe, kentang, terung, tepung atau telur dapat mengimbangi rasa manis dan masam supaya hidangan menjadi lebih enak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: heyitsfatam, iamiza

Baca juga: Tips Rebus Kerang Tanpa Ambil Masa Lama, 1 Minit Je Dapat Isi Padat

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago