Ramai yang mula memikirkan cara yang bagus untuk berjimat daripada membeli barang dapur yang banyak. Oleh itu, anda perlu tahu tips jimat minyak masak yang berguna.
Minyak masak sering digunakan di dapur untuk memasak, tapi kadangkala ada yang guna terlalu banyak sampaikan dibuang begitu saja setelah memakainya.
Ini antara beberapa tips jimat minyak masak untuk anda cuba yang sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan barang dapur di rumah.
Baca juga: Asyik Pakai Minyak Masak Sama, Cuba 10 Jenis Ini Pula, Memang Padu Masakan Anda!
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick) untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan air fryer. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
5. Jika deep fry makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180ºC hingga 190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2 hingga RM3 untuk 1kg.
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca juga: Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!
Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…
Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…
Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…
Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…
Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…
Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…