Mak-mak yang selalu buat kuih pada masa lapang pasti sudah banyak kali buat kuih Apam Mekar di rumah. Jika masih belum berjaya, anda boleh cuba resipi ini.
Dalam banyak-banyak jenis kuih yang digelar apam, kuih Apam Mekar adalah antara pilihan disukai ramai, malah ada yang buat untuk berniaga.
Betapa puasnya jika dapat buat kuih Apam Mekar yang kembang cantik. Oleh itu, kami kongsikan resipi daripada Seri Ramlan di Facebook untuk anda cuba.
Baca juga: Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan susu tepung ke dalam bekas.
2. Masukkan susu full cream, garam, telur, gula pasir dan essen vanilla, kemudian mix perlahan sehingga sebati dan tak berketul. Tak perlu kelajuan tinggi waktu ini, bagi semua campur rata dahulu.
3. Masukkan ovalet, baru naikkan kelajuan, pukul sehingga adunan kembang dan tekstur pucat dalam masa lebih kurang 7 minit mengikut ikut kuasa mixer masing-masing.
4. Matikan mixer dan bahagikan kepada beberapa adunan, kemudian letak pewarna.
5. Panaskan pengukus, tapi jangan terlalu banyak air, kemudian didihkan.
6. Tuang adunan dalam acuan yang sudah diletakkan paper cup sehingga penuh supaya mekar cantik nanti.
7. Susun dalam pengukus, tapi jangan isi banyak. Jika pengukus itu kecil, isi 6 atau 8 acuan saja mengikut saiz pengukus.
8. Jika guna acuan lompang, kukus dalam 10 minit. Jika guna acuan plastik, lebihkan 2 minit. Gunakan api dapur yang besar dan kukus sehingga masak. Siap untuk dinikmati!
Seronok apabila dapat hasil kuih Apam Mekar yang cantik begini. Jika praktis banyak kali, pasti anda sudah mahir membuatnya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Seri Ramlan
Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…