tips hilangkan batuk

Tips hilangkan batuk secara semula jadi sering menjadi pilihan ramai apabila batuk tak juga reda walaupun sudah cuba pelbagai ubat. Bila tekak rasa gatal, dada terasa sempit, dan batuk berpanjangan, memang tak selesa untuk menjalani rutin harian.

Ramai yang mula mencari alternatif lain seperti minuman herba atau petua tradisional yang mudah dibuat di rumah. Kadang-kadang, bahan ringkas yang ada di dapur pun boleh membantu memberi rasa lega pada tekak.

Salah satu resipi yang dikongsikan ramai ialah air rebusan menggunakan buah pear, bunga cengkih dan kayu manis. Minuman ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sedap diminum ketika suam dan dikatakan membantu memberikan rasa lebih lega pada tekak.

Baca juga: Petua Simpan Daun Pandan Dalam Freezer Supaya Aroma Kekal ‘Fresh’ Macam Baru Kerat!

TIPS HILANGKAN BATUK DENGAN AIR REBUSAN PEAR, BUNGA CENGKIH & KAYU MANIS

tips hilangkan batuk

Bahan-bahan:

  • Buah pear (dipotong sederhana)
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Air
  • Sedikit gula melaka atau madu (jika suka rasa manis)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  2. Masukkan bunga cengkih dan kayu manis ke dalam air mendidih.
  3. Biarkan ia mereneh seketika supaya aroma rempah keluar.
  4. Masukkan potongan buah pear dan teruskan mereneh seketika.
  5. Boleh tambah madu atau gula melaka mengikut cita rasa.
  6. Bila buah pear sudah lembut dan air beraroma wangi, tutup api.
  7. Hidangkan ketika suam.

Sumber: Thread @jannahjalidar

Baca juga: Chef Dedah Rahsia Rebus Pasta Yang Betul, Rupanya Kalau Letak Minyak Buat Sos ‘Tak Melekat’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN