Rupanya ada tips goreng ikan keli supaya tidak meletup, tidak hancur dan lurus elok selepas digoreng. Kalau ikut tips ini, ikan juga tidak akan hanyir selepas siap digoreng.
Biasanya asyik beli saja kan sebab risau kalau goreng sendiri, ikan akan terpercik pada muka. Selepas ini tak perlu risau lagi, boleh cuba goreng sendiri di rumah menggunakan tips di bawah. Dijamin takkan takut dah!
Baca juga: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau
Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup
1. Basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci dan sental sehingga lendir pada ikan hilang. Jangan sampai hancur pula.
2. Kemudian, gaul ikan keli dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Sukatan mengikut kuantiti ikan. Gaul sehingga rata.
3. Sementara itu, panaskan dahulu minyak. Bila dah panas, letakkan 2/3 potong halia (tak perlu buang kulit).
4. Goreng ikan keli sehingga masak dan garing.
Resipi Ikan Keli Masak Serai
Bahan-bahan:
- Halia*
- Kunyit*
- Serai*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Lada besar*
- Lada kecik*
- Gula
- Garam
Cara-cara:
- Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (*).
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan garam dan gula,
- Gaul sampai agak kering atau pecah minyak. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi.
- Gaul rata, tutup api dan siap!
Kredit: Zur Ain Salim
Baca juga: Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi