kentang hitam

Masalah kentang hitam selepas dikupas membuatkan ramai terus tak jadi menggunakannya untuk memasak kerana takut khasiatnya telah pun hilang.

Kita semua sedia maklum tentang kebaikan kentang yang mengandungi vitamin A, B, C serta kalsium, potassium, zat besi, protein dan serat baik untuk badan.

Oleh sebab itu, tak hairanlah orang sangat suka menggunakan kentang dalam masakan terutamanya golongan mak-mak yang mempunyai anak yang masih kecil.

Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini 

Apabila kentang telah dikupas, ia menjadi hitam kerana pengoksidaan kentang yang bertindak balas menjadikannya berwarna coklat kebiruan.

Bukan anda seorang saja yang hadapi masalah kentang hitam ini, malah sebenarnya ramai di luar sana yang menghadapi perkara yang sama di dapur.

Bagi mengelakkan masalah kentang hitam ini berlaku lagi, kami telah jumpa beberapa tips berguna untuk anda praktikkan di rumah. Jom kita tengok!

TIPS ELAK KENTANG HITAM SELEPAS DIKUPAS

  • Rendam dalam cuka

kentang hitam

Jika anda mempunyai cuka di rumah, boleh rendamkan kentang di dalamnya sekejap saja untuk mengelakkan kentang berubah warna.

  • Rendam air garam

kentang hitam

Jika tiada cuka, anda boleh gunakan air garam juga. Selepas kupas kentang, terus rendam dalam air garam dengan menggosok permukaan kentang.

  • Rendam ais atau air

Anda juga boleh menggunakan ais atau air biasa saja. Ramai yang guna cara ini setiap kali menggunakan kentang. Apabila air rendaman sudah keruh, tukar airnya.

  • Rebus

Cara paling berkesan untuk anda yang menggunakan kuantiti kentang yang banyak. Hanya perlu rebus seketika di dalam air mendidih.

Oleh kerana kentang mempunyai banyak manfaat untuk badan, jangan lupa untuk tambahkan kentang dalam menu harian anda seisi keluarga.

Dengan tips ini, selesailah masalah kentang hitam di dapur dan kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan supaya mereka dapat gunakannya apabila nak masak kentang nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: PnSyuhaida

Baca juga: Tips Jimat Minyak Masak Di Rumah Yang Berguna, Tak Cuba Memang Rugi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN