Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Buat orang Islam, bulan suci ini yang paling dinanti-nantikan. Tapi lain pula buat pesakit gastrik, setiap tahun pasti akan muncul rasa bimbang diserang gastrik ketika berpuasa.
Jangan bimbang, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Ikut tips ini supaya anda dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadan nanti.
Sebelum, mari kita mengenal apa itu gastrik. Gastrik atau gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut.
Punca gastrik boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berbeza iaitu pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama, bakteria H. pylori, jangkitan dan tekanan.
Ada juga punca lain bagi gastrik seperti alahan makanan. Setiap makanan yang diambil akan memberikan perbezaan kepada keadaan kesihatan.
Tanda-tanda dan simptom gastrik biasanya tidak jelas. Ia boleh berlaku dalam banyak keadaan lain. Anda perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.
Berikut merupakan tanda-tanda dan simptom gastrik:
Berdasarkan simptom di atas, doktor akan membuat penilaian dengan maklumat dari sejarah perubatan anda serta beberapa ujian makmal untuk mengesahkan kehadiran bakteria H. pylori.
Simptom gastrik akan bertambah teruk apabila perut kosong. Jadi bagaimana cara mengatur pemakanan anda?
Anda boleh berpuasa seperti biasa tapi pastikan anda mengambil makanan tertentu pada waktu bersahur dan berbuka pastinya akan dapat membantu mengawal dan mengatasi masalah gastritis yang dialami.
Tetapi apakah makanan yang digalakkan untuk diambil sepanjang bulan Ramadan ini bagi individu penghidap gastrik?
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil beberapa makanan ini sepanjang bulan Ramadan.
Buah-buahan yang tergolong dalam kalangan sitrus adalah lemon, limau atau kiwi. Jadi anda perlu elakkan. Pilihlah buah-buahan seperti tembikai, pisang, epal atau buah pir yang kurang cenderung untuk mencetuskan simptom refluks berbanding buah-buahan berasid.
Jika anda kurang gemar makan nasi untuk bersahur, boleh mengambil oat sebagai pilihan. Oat merupakan makanan tinggi serat yang sering dikaitkan dengan risiko asid refluks yang lebih rendah. Roti gandum juga salah satu pilihan yang baik untuk menghidap gastrik.
Makanan yang rendah lemak dan gula dapat mengurangkan asid perut dan bermanfaat untuk sistem pencernaan. Pilihan yang baik adalah seperti berikut:
Jus buah tidak digalakkan kerana kadar gula tinggi dan asid tinggi tanpa serat. Namun, jus dan smoothie sayuran sangat disyorkan. Tapi anda boleh mengambil jus labu yang sangat kaya dengan nutrien serta dapat mengurangkan keasidan gastrik dan membantu lapisan perut sembuh lebih cepat.
Daging tanpa lemak seperti ayam, ayam belanda, ikan serta makanan laut lain adalah rendah lemak dan boleh mengurangkan simptom asid refluks. Penting untuk anda memilih protein tanpa lemak, kerana lemak daripada produk haiwan (kecuali ikan dengan omega-3), hanya akan memburukkan keadaan gastrik.
Pesakit gastrik perlu hindari kuning telur. Putih telur adalah pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mengalami masalah gastrik.
Jika anda penghidap gastrik, makanan probiotik seperti kefir, yogurt dan kimchi sangatlah digalakkan. Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang melawan bakteria H.pylori, di samping dapat memperbaiki sistem imun.
Kefir ialah minuman yang dibuat daripada susu melalui proses fermentasi. Cara pembuatannya adalah dengan memasukkan butiran kefir ke dalam susu kambing atau susu lembu. Makanan dan minuman probiotik dapat membantu meningkatkan kemampuan usus menyerap nutrien yang diperlukan untuk proses pemulihan.
Sumber lemak sihat adalah avokado, walnut, biji rami (flaxseed), minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari. Hadkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans serta gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat.
Makanan tinggi lemak sihat (asid omega-3), seperti salmon, sardin, biji chia dapat membantu mengurangkan keradangan pada lapisan perut. Bahkan ia mempunyai kesan pencegahan terhadap gastritis berpunca oleh H.pylori serta gangguan gastrik lain.
Halia mempunyai sifat antiradang semula jadi dan juga rawatan kepada pedih ulu hati. Cara menggunakan halia adalah dengan menambahkan hirisan halia ke dalam masakan, smoothie atau minum teh halia ketika bersahur bagi meredakan simptom.
H.pylori adalah sejenis bakteria, maka untuk melawannya memerlukan sesuatu bersifat antibakteria. Flavonoid terkenal dengan sifat antibakteria yang boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria termasuklah H.pylori.
Makanan seperti bawang putih, bawang, kranberi dan saderi merupakan sumber flavonoid yang baik. Manakala contoh makanan antibakteria adalah madu, halia dan kunyit.
Pesakit gastrik perlu elakkan makanan dan tabiat yang merangsang serangan gastrik. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:
Namun begitu, agama Islam tidak memaksa anda berpuasa jika anda tidak mampu sehingga anda boleh menemui alternatif lain mengikut kemampuan anda yang dapat mengelakkan gastrik ketika berpuasa.
Kredit: Hello Doktor
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…