Pasti ramai dah biasa masak sambal telur hancur kan? Kalau nak rasa lagi sedap, kena goreng dulu telur sampai garing.
Bulan Ramadan juga bakal tiba tidak lama lagi, menu ini sangat sesuai untuk dimasak pada waktu sahur kerana ianya sangat senang dimasak dan tak guna banyak bahan.
Resipi ini merupakan perkongsian oleh Saudari Raihan di bawah. Menurutnya juga, resipi tersebut merupakan resipi dari nenek beliau.
1. Panaskan minyak. Masukkan telur, goreng, hancurkan dan biarkan ia sedikit garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Untuk sambal, tumis dengan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Bila dah garing, masukkan sos tiram, sos cili, asam keping, garam dan perasa. Bila dah kacau sebati, masukkan sedikit air.
3. Akhir sekali, masukkan telur tadi dan kacau sebati.
Siap, selamat mencuba!
Kredit: ريحان باسهدين
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…