air pandan

Nak masak guna daun pandan, kadangkala terpaksa ulang-alik untuk mengambilnya di depan rumah. Jangan tak tahu, sebenarnya ada tips buat air pandan untuk dijadikan stok tau.

Semua orang tahu bahawa fungsi daun pandan adalah sebagai penambah perisa dan aroma wangi pada hidangan. Walaupun sekadar disimpul, ia cukup membangkitkan rasa harumnya.

Jika anda sering buat kuih atau kek di rumah, sudah pasti air pandan sering digunakan. Namun, takkanlah harus keluar rumah untuk cari daunnya setiap kali nak masak bukan?

Oleh sebab itu, kami nak ajar anda tentang tips untuk buat stok air pandan yang cantik dan lebih beraroma di rumah. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

TIPS BUAT AIR PANDAN BERWARNA CANTIK DAN BERAROMA

air pandan

Bahan-bahan:

  • Secekak besar daun pandan (ibarat serimbun banyaknya)
  • 1 jug kecil 500ml air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gunting dulu daun pandan lebih kurang saiznya 3 inci supaya mudah dikisar.

air pandan

2. Setelah habis digunting, basuh dalam air yang bertakung sebab kadangkala tak sedar ada sarang labah-labah, kotor dan sebagainya.

3. Selepas itu, kisar mengikut kemampuan mesin pengisar (saya punya jenis yang manja, tak boleh nak masuk sekali banyak sebab nanti tak bergerak pula mesinnya)

4. Seterusnya, tampis hampas dan ketepikan dulu. Ingat, jangan buang!

5. Setelah habis pusingan pertama untuk daun pandan yang dikisar hancur, ambil semula hampas tadi dan kisar semula dengan menggunakan air pandan yang telah ditapis. Nak buat dua hingga tiga kali pun boleh, lebih cantik warna pandan nanti.

6. Akhir sekali, tapis dan masukkan dalam botol untuk dijadikan stok. Siap untuk digunakan!

Hasil daripada tips ini, anda akan terkejut dengan air pandan yang bukan saja warnanya cantik, malah cukup beraroma. Selain itu, boleh jimat masa dan tenaga.

Gunakan tips ini untuk buat stok air pandan selama seminggu supaya anda boleh gunakannya dalam pelbagai masakan seperti nasi, pulut, kek, puding, bubur, kuih-muih dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: UmiGarang

Baca juga: Tips Elak Makanan ‘Creamy’ Jadi Muak, Ada Bahan Perlu Diletak Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN