PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-08-17 07:45:29
Biasanya selepas balik daripada membeli-belah, mesti kita akan terus menyimpan barang-barang basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran ke dalam peti sejuk supaya dapat mengekalkan kesegarannya. Namun, tahukah anda? Ada lagi cara penyimpanan barang basah yang lebih berkesan untuk memastikan kesegarannya bertahan lebih lama. Perkongsian Ana Sulianna menerusi laman Twitter ini raih lebih 10K retweet membuktikan keberkesanan petua penyimpanan barang basah ini. Oleh itu, jom sama-sama memanfaatkannya.
Untuk memastikan bahan basah kekal segar, cuci bahan basah terlebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, bahagikan barang basah tersebut ke dalam beg ziplock mengikut posi hidangan yang anda inginkan.
Sayur-sayuran seperti labu, lobak, timun, dan pok choy, tidak perlu dicuci. Anda boleh terus memotong sayuran tersebut mengikut saiz yang sesuai. Kemudian, masukkan ke dalam beg ziplock yang beralaskan tisu dapur untuk memastikan sayuran tersebut tahan lebih lama. Akhir sekali, letakkannya ke dalam peti sejuk dan guna bila perlu.
Anda boleh gunakan kaedah ini untuk daun-daun seperti daun kari, daun limau purut, daun ketumbar, dan daun kunyit. Tanpa perlu dicuci dahulu, periksa dahulu daun-daun dan buangkan bahagian yang layu. Kemudian, masukkannya ke dalam beg ziplock dan simpankan di dalam freezer. Dengan menggunakan cara ini, daun-daun boleh bertahan selama berbulan-bulan lamanya.
Cara penyimpanan mungkin agak berbeza untuk sayur akar seperti lengkuas, halia, dan kunyit hidup berbanding dengan sayuran lain. Bagi mengekalkan kesegaran yang lebih lama, cucikan sayuran akar tersebut dan kemudian letakkannya di dalam balang yang berisi air. Selepas itu, simpan balang tersebut ke dalam petik sejuk. Di samping itu, jangan lupa untuk menukar airnya setiap minggu bagi memastikan akar sayur kekal segar untuk masa yang lebih panjang.
Untuk sayur-sayuran seperti brokoli, kubis dan bunga kubis, cara-cara penyimpanannya adalah dengan membalutnya dengan pembalut plastik tanpa perlu dibasuh. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk. Gunakan apabila perlu dan simpan lebihan sayuran dengan membalutnya semula selepas guna.
Mudah sahaja bukan? Dengan menggunakan cara-cara ini, pastinya bukan sahaja barang dapur anda akan lebih tahan lama tetapi lebih kemas tersusun di dalam peti sejuk.
Perapan ayam yang sedap boleh buat rasa ayam lebih berperisa walaupun hanya dimasak dengan cara…
Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan…
Kek coklat lapis cream cheese ini sesuai untuk yang suka gabungan kek coklat dengan lapisan…
Ikan tongkol goreng boleh jadi sangat sedap kalau kena cara memasaknya. Kalau selama ini ikan…
Ikan siakap masak sup ini sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga kerana kuahnya ringan, tetapi tetap…
Paru goreng memang menjadi pilihan ramai sebagai lauk sampingan, terutama apabila dihidangkan bersama nasi lemak.…