Siapa suka masak lala tapi apabila memikirkan bab lecehnya kena asingkan isi dari kulit, auto jadi malas! Akhirnya, sanggup beli isi yang sudah siap dikopek walaupun harganya mahal.
Sekarang anda tak perlu susah payah mengeluarkan isi lala dari cengkerangnya, kerana ada petua yang memudahkan kerja kita sebagaimana perkongsian oleh Fatimah Ismail di bawah.
Berikut merupakan perkongsiannya di bawah:
“Saja nak kongsi cara saya. Mungkin ramai yang buat macam ni atau ada cara lebih mudah nak asingkan isi lala (panggilan orang kedah lala, negeri lain mungkin lain).
Kadang-kadang buat sayur tumis sekali kulit je. Tapi kali ni saja nak masak isi lala goreng kunyit. Bila dah dapat isi saja macam-macam boleh buat. Masak cabai cicah ketupat nasi pun sedap.”
Baca juga: Resipi Lala Masak Kam Heong Ala Restoran Cina, Guna Bahan Mudah Je!
Cara-caranya:
1. Basuh lala sehingga bersih dan rendam lala terlebih dahulu. Kemudian, bilas sehingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk atau kuali. Tunggu sehingga air betul-betul mendidih.
3. Kemudian, masukkan lala lebih kurang dalam 1 cawan ke dalam air yang sedang mendidih. Pastikan jangan tutup api sehingga selesai.
4. Kacau-kacau sedikit sehingga isi lala timbul. Kemudian terus diangkat dengan cepat menggunakan penapis jarang. Jangan biarkan timbul terlalu lama, nanti hilang rasa manisnya.
5. Sebelum masukkan lala seterusnya, pastikan kulit dibuang untuk elakkan lambakan kulit dalam kuali.
6. Apabila semua isi lala sudah siap dikeluarkan, boleh dimasak mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
Sumber: Fatimah Ismail
Baca juga: Cara Masak Lala Masam Manis Yang Mengiurkan, Ratah Pun Sedap Tau!
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…
Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…
Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…