Categories: InformasiResipi

Kangkung Goreng Belacan Gerenti Sedap, Buat Ini DULU Sebelum Menumis

Nak masak sayur Kangkung Goreng Belacan gerenti sedap macam kedai Thai? Anda kena buat ini dahulu sebelum menumis sayur. Memang menjilat jari dibuatnya!

Lauk sampingan yang ringkas dan simple ini memang menjadi pilihan ramai ketika makan di restoran tomyam atau kedai thai. 

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Kandungan gizi dalam kangkung mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan serat.

Baca juga: Teknik Betul Bersihkan Sayur, Tambahkan 1 BAHAN Ini Semasa Cuci

Kangkung juga baik untuk kesihatan mata, perkembang otak, menjaga kesihatan jantung dan dapat menurunkan kolesterol dalam badan. Wah! Banyak khasiat kangkung ini.

Untuk menjadikan hidangan ini lebih sedap, pastikan anda membakar dahulu belacan sebelum menumis dengan bahan-bahan yang lain. Barulah aroma dan rasa lauk ini lebih kaya dan membuka selera. 

Silap haribulan, bertambah makan dibuatnya! Ikuti resipi dari  perkongsian Cik Puan Nurul Afidah Catalyst ini. 


RESIPI KANGKUNG GORENG BELACAN GERENTI SEDAP

Nak share resepi kangkung belacan sedap ala kedai Thai tu. Boleh cuba resepi kat bawah, confirm menjadi!

Bahan-bahan: 

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar + belacan.

2. Tumis sehingga bau semerbak satu rumah, kalau ada yang terbersin, itu tandanya terlebih cili dan belacan. 

3. Masukkan udang atau ayam atau fishball + air.

4. Kemudian, masukkan sos tiram & batang kangkung.

5. Bila batang kangkung sudah separuh masak, bolehlah masukkan daunnya pula.

6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto

7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang dalam pinggan lauk.


Selamat mencuba resipi sayur kangkung goreng belacan gerenti sedap ini. 

Sumber: Nurul Afidah Catalyst 

Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

14 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

14 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

14 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

15 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago