Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu seperti laksa, asam pedas dan tomyam. Bayangkan betapa mudahnya jika kita dapat memetik daun kesum segar terus dari laman sendiri, bukan?
Namun, tidak semua orang berjaya menanam daun kesum yang merimbun dan subur. Ada yang layu, ada yang tumbuh tidak sekata, malah ada juga yang mati sebelum sempat membesar. Jangan risau, artikel ini akan berkongsi tip dan petua untuk menanam daun kesum yang dijamin lebat dan merimbun!
Dengan mengikuti panduan mudah ini, anda pasti mampu menghasilkan daun kesum yang sihat dan sentiasa menghasilkan daun segar untuk kegunaan di dapur.
Baca juga: Cara Tanam Akar Cendawan Enoki, 3-5 Hari Dah Dapat Hasilnya
Berikut merupakan tip tanam pokok daun kesum:
1. Letakkan pokok daun kesum di tempat yang redup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.
2. Daun kesum memerlukan air yang banyak, tetapi jangan biarkan akarnya terendam sepenuhnya. Siram dua kali sehari atau letakkan pasu di dalam besen berisi air (jangan terlalu banyak) supaya tanah sentiasa lembap.
3. Gunakan medium tanah hitam dan pasu biasa.
4. Untuk kesuburan pokok, boleh siram dengan air basuhan beras atau letakkan baja dua minggu sekali.
5. Untuk menanam, cucuk batang daun kesum terus ke dalam tanah dan siram selalu. (Lihat gambar di atas, pasu paling depan adalah anak pokok daun kesum yang dicucuk daripada batang). Ada juga yang merendam batang selama 2-3 hari sehingga akar keluar sebelum ditanam.
6. Dikatakan bahawa pucuk daun kesum juga boleh dicucuk terus ke dalam tanah.
Selamat mencuba!
Sumber: Noorsyazlin Ismail Duckline via Pertanian Satu Perniagaan
Baca juga: Tip Tanam Pokok Kari Dekat Rumah, Ini 10 Cara Mudah Boleh Dicuba
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…
Sup sayur campur adalah hidangan yang bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga sangat lazat dan sesuai…