tip rebus kerang

Bila sebut sahaja tentang kerang, mesti ramai yang sudah terbayang-bayang akan kemanisan isi kerang. Rupa-rupanya, ada tip rebus kerang bagi isi gemuk, cantik, dan tidak berbau hamis.

Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng

Walaupun isi kerang itu sangat enak dan terasa manis isinya bila dimakan, namun cara penyediaan kerang, sebenarnya agak sedikit leceh.

Ini kerana, anda perlu membasuh kulit kerang itu sebersihnya daripada kotoran yang terlekat di cengkerang itu. Malah cara memasaknya juga sebenarnya perlukan teknik yang betul supaya isi kerang itu tidak liat dan kecut.

Jika anda gemar makan isi kerang yang direbus dengan air kosong tanpa sebarang bahan, boleh ikuti teknik Cik Puan Yatie Kitchen untuk dapatkan isi kerang yang tidak kecut dan sangat berjus.


TIP REBUS KERANG ISI GEMUK DAN CANTIK

tip rebus kerang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kerang
  • Air untuk merebus
  • Garam
  • Air + ais 

Cara-cara merebus:

1. Didihkan air terlebih dahulu. 

2. Lepas itu, masukkan garam dan kerang. Dalam 3 minit jangan sampai kulit terbuka.

3. Tutup api kemudian buang air panas tadi.

4. Masukkan air + ais (bagi hentikan proses memasak untuk kerang) 

5. Kemudian, buka satu-persatu kerang. Memang cantik kejadiannya. Sedia untuk dinikmati bersama sos.


Hasilnya, kerang menjadi sejuk dengan lebih cepat untuk mempercepatkan proses mengopek, ia juga masak dengan lebih kenyal dan isinya lebih manis. Sedap jika dibuat sambal, rendang atau kerabu. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Simpan Bunga Kantan Dengan BETUL, Baru Tahan Lama Sampai 4 Bulan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN