kuih ketayap

Kuih ketayap merupakan kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa.

Sesuai dimakan untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Mudah saja cara membuatnya, ikut saja resipi di bawah.

Selamat mencuba!

Cara Buat Kuih Ketayap

Bahan-bahan kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur – kacau2
  • 2 ½ cawan jus pandan – Kisar 5 helai daun pandan dengan 2 ½ cawan air – tapiskan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara-cara buat kulit:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata sehingga sebati dan tapiskan. Nak kisar pun boleh.
  2. Panaskan kuali non stick menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan satu senduk adunan. Ratakan bulat.
  4. Bila dah masak, angkatkan. Letakkan inti kelapa di tengah, lipat kiri dan kanan kemudian gulungkan. Siap.

Bahan-bahan inti kelapa

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 ketul gula melaka*
  • 1 ½ @ 2 cawan air*
  • 3 helai daun pandan* (simpulkan)
  • Secubit garam*
  • 1 sudu besar tepung pulut/tepung gandum

Cara-cara buat inti:

  1. Masak bahan bertanda (*) sehingga larut, kemudian tapiskan.
  2. Masak semua bahan dalam kuali sehingga agak-agak nak kering. Guna api sederhana, sesekali kena kacau.
  3. Akhir sekali, letakkan 1 sudu teping untuk pekatkan inti kelapa. Kacau sebati, siap!

Kredit: Intan Zalifah Zolkiply

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN