Categories: Tips & Petua

Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Rupa-rupanya, ada tip pilih sotong yang segar dan ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Kebiasaannya, ramai yang akan berkongsikan cara pilih ayam atau ikan yang segar.

Nak pula banyak masakan sotong dan resipi yang boleh dicuba, memang ramai yang akan terngiang-ngiang lauk sotong yang sering menjadi santapan harian ini.

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran 

Sotong yang selalu menjadi pilihan adalah jenis sotong putih atau sotong cumi. Jenis ini memang banyak dijual di pasar basah dan pasaraya besar.  Harga pasarannya pula adalah sekitar RM12 dan boleh mencecah sehingga RM50 mengikut saiz dan kesegaran. 

Memilih sotong yang segar memang memerlukan ilmu dan teknik untuk menelitinya. Ini antara tip dari perkongsian Apron Exclusive Malaysia yang anda boleh cuba. 


TIP PILIH SOTONG SEGAR

1. Tengok keadaan badan sotong

Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik.

2. Warna sotong

Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam (kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.

3. Tidak berlendir

Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.

4. Cara peniaga letak sotong 

Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. 


Jadi, begitulah serba sedikit tip untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu anda untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar dan pastinya masakan akan jadi lebih padu!

Yang segar ini kebiasaanya isinya memang manis lain macam sedikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar nanti! Semoga bermanfaat.

Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

18 mins ago

Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…

25 mins ago

Resipi Daging Enoki Roll, Paling Sedap Diratah Begitu Sahaja!

Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu…

1 hour ago

Resipi Bihun Goreng Lada Putih, Sepantas Kilat Boleh Siap Masak!

Resepi bihun goreng putih ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi rasanya sangat sedap hingga boleh makan…

1 hour ago

Kacang Panjang Tumis Tauhu, Sayur Sedap Ini Tak Pernah Buat Orang Jemu

Sesuatu hidangan lauk itu tak lengkap tanpa sayur di sisinya, jadi kami nak kongsikan cara…

1 hour ago

Resepi Perapan Ayam Bakar Sedap, Masak Guna Air Fryer Hasilnya ‘Juicy’!

Resepi perapan ayam bakar ini khas untuk anda yang mencari resipi ayam bakar yang sedap.…

2 hours ago