Categories: Tips & Petua

Tip Pilih Daun Limau Purut, Elak PAHIT Dalam Masakan

Rupa-rupanya, daun limau purut juga mempunyai banyak bentuk dan ia memberi kesan dalam masakan. Ini tip pilih daun limau purut supaya masakan tidak mempunyai rasa pahit. 

Menggunakan daun limau purut dalam proses memasak sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia. Aroma yang dihasilkan oleh daun limau purut amat sesuai untuk menyempurnakan tomyam, paprik, rendang, masakan Thai, kerabu, malah ada yang menambah kepingan daun limau purut pada bihun goreng.

Baca juga: Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi TIP

Nasrah Zamzam ketika berkongsi maklumat di laman Facebooknya menjelaskan daun limau purut terdapat dalam beberapa bentuk, dan ini sebagai cara memastikan daunnya tidak memberi rasa pahit kepada hidangan yang dimasak.


TIP PILIH DAUN LIMAU PURUT YANG TIDAK PAHIT

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa daun limau purut mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ada daun limau purut yang jenis besar, ada juga yang jenis kecil.

Untuk mengelakkan masakan rasa pahit disebabkan tersalah pilih daun limau, anda boleh pilih daun yang berbentuk angka lapan dan elakkan daun berbentuk lebar.

1. Buang urat tengah daun

Selain memilih bentuk daun limau, anda juga digalakkan untuk membuang urat tengah daun sebelum meletakkan dalam masakan. 

Urat daun ini bukan sahaja menganggu rasa masakan, malah ia juga memberikan rasa yang agak pahit.

2. Masuk daun limau purut di akhir masakan

Bagi anda yang menyukai aroma daun limau purut, anda boleh memasukkan daun limau purut pada minit terakhir masakan anda. Ini juga merupakan petua untuk mengelakkan daun dimasak dalam tempoh yang lama dan rasa pahit keluar dari daun limau purut.

3. Hiris kecil-kecil

Anda boleh mencuba memotongnya dengan saiz yang agak nipis dan kecil. Pastikan membuang dulu urat tengah, kemudian masukan dalam masakan, pasti anda boleh memakannya tanpa ada rasa gangguan.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Nasrah Zamzam

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Kuih Bom Pisang Montel, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Kuih bom pisang ini kelihatan sama seperti cekodok pisang, tetapi sebenarnya tidak sama. Tekstur kuih…

1 hour ago

Apam Mekar Setaman, Lembut, Gebu & Kembang Molek Kalau Ikut TIP Ini!

Resipi apam mekar yang dikongsikan hari ini adalah tanpa menggunakan air soda namun tetap menghasilkan…

2 hours ago

Cara Cuci Anggur Sampai Berkilat, Sekelip Mata Hilang Segala Putihnya!

Nampak saja buah anggur terjual, tiba-tiba teringat anak di rumah yang suka memakannya. Setelah sampai…

3 hours ago

Resipi Bawang Goreng Guna Air Fryer, Hasil Rangup Elok Macam Guna Minyak

Jika sebelum ini kita asyik beli je, kali ini apa kata jom kita cuba buat…

3 hours ago

Sambal Belacan Thai Ekspres, Sepantas 3 Minit Saja Dah Siap Untuk Makan!

Orang Malaysia memang tak lari daripada makan sesuatu hidangan utama bersama sambal. Lebih-lebih lagi jika…

4 hours ago

Ayam Pad Kra Pao, Resipi Mudah & Penuh Aroma Daun Selasih Thai!

Resipi ayam pad kra pao ini adalah juadah klasik yang berasal dari Thailand dan mudah…

4 hours ago