Categories: Tips & Petua

Tip Pilih Butter ASLI Untuk Kek Dan Biskut, Baru Menjadi & Lebih Sedap!

Alamak! kek dan biskut selalu tak jadi. Rupa-rupanya ada tip pilih butter asli yang betul untuk membuat kek dan biskut. 

Ini kerana, memilih butter yang betul semasa membuat kek atau biskut adalah sangat penting kerana butter memainkan peranan penting dalam tekstur, rasa dan struktur produk yang dihasilkan.

Baca juga: Krim Putar Rosak Sebab ‘Overbeat’? Jangan Buang! Boleh Dibuat Butter & Buttermilk

Beberapa jenis butter mempunyai kandungan air yang berbeza. Butter atau mentega dengan kandungan air yang tinggi boleh menjejaskan tekstur dan konsistensi produk. Mentega dengan kandungan air yang rendah biasanya dikehendaki semasa membuat biskut kering atau pastri rangup.

Untuk mengatasi masalah ini, Nieza Nor Hamnira telah berkongsi tip untuk pemilihan butter yang betul. Ikuti perkongsiannya di bawah.


TIP PILIH BUTTER ASLI UNTUK BUAT KEK DAN BISKUT

Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal saja, bukan fakta professional).

Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya).

Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, tak mengapa  sebab memang masing-masing punya citarasa berbeza.

Berat Pure Butter Buku

  • 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.

Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?

  • Kek sedap guna yang salted
  • Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)

JENAMA PURE BUTTER APA YANG BAGUS DAN SESUAI? 

Butter jenama SCS, Tatura, Golden Churn ini sesuai buat Shortbread, Tart, Kek, dan Brownies.

Jenama butter jenis Anchor: Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, dan soft chewy cookies.

Jenama butter jenis Lurpark: Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, dan Bars.

Jenama butter jenis Emborg: Kek, Brownies, dan Bars.

Dah tiba tarikh luput tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak?

Jawapan: Masih boleh.

Jangkamasa?

  • Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
  • 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan

Kenapa pure butter ni tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.

Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.

Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.

Walaupun anda dah jumpa butter asli terbaik, tapi jika anda nak buat biskut, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lemak yang lain), biskut anda akan rapuh teruk. Banyak kecainya nanti.


Semoga bermanfaat:

Sumber: Nieza Nor Hamnira

Baca juga: Masih Tak Tahu Jenis Butter? Ini Kegunaan Jenis ‘Salted’ dan ‘Unsalted’ Butter

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago