Santan kelapa merupakan ramuan utama dalam kebanyakan hidangan masyarakat Malaysia. Contohnya rendang, lontong, lodeh, masak lemak, gulai, sambal goreng dan bermacam lagi.
Namun, santan yang dibeli dari kedai kadangkala cair kerana dicampur air dan boleh menjejaskan rasa keseluruhan masakan. Oleh itu, adalah lebih baik jika membeli parutan kelapa dan kemudian memerah sendiri santan di rumah.
Sebelum memerah kelapa parut menjadi santan, anda perlu tahu cara yang betul ini untuk mendapatkan santan yang lebih berkualiti. Rupanya-rupanya penggunaan suhu air memainkan peranan untuk menghasilkan santan yang lebih pekat dan tahan lebih lama.
Baca juga: Cara Betul Simpan Lebihan Lauk Bersantan, Baru Tahan Lama & Tak Basi
PERBEZAAN PERAH KELAPA PARUT DENGAN AIR PANAS & AIR BIASA
Melalui portal Rumah Mesin, ada perbezaan kualiti yang sangat besar apabila menggunakan air panas berbanding air biasa. Antaranya adalah:
1. Santan lebih pekat
Santan yang diperah dengan air panas akan menghasilkan kualiti yang jauh lebih baik. Ini kerana jika kita memerah dengan air panas, santan menjadi lebih pekat kerana semua sari-sarinya larut dalam air panas.
2. Tahan lama dan tidak cepat busuk
Selain itu, perahan dengan air panas menghasilkan santan yang tahan lebih lama dan tidak mudah busuk. Sebab itu memerah kelapa parut dengan air panas akan mendapat kualiti yang lebih baik.
3. Rasa santan lebih sedap
Tambahan pula, jika memerah kelapa parut menggunakan air kosong, hasil santan masih bagus. Tapi tak sedap seperti guna air panas.
CARA PERAH KELAPA MENJADI SANTAN
Cara memerah kelapa menggunakan air panas:
- Mula-mula, bancuh kelapa parut dengan air panas supaya kita menghasilkan santan yang maksimum dan juga supaya ia tahan lebih lama.
- Kedua, kacau dahulu kelapa parut yang masih panas menggunakan senduk kayu sambil ditekan sesekali.
- Seterusnya, selepas suhu turun atau terasa hangat, kacau menggunakan tangan, sambil memicitnya berulang kali.
- Kemudian kumpulkan santan sambil kita perah dan tapis juga.
Kebanyakan kita memerah kelapa parut dengan ibu jari menghadap ke atas. Namun cara ini dapat menghalang keluarnya santan daripada kelapa parut.
Sebaliknya, lebih baik ibu jari anda menghadap ke bawah semasa memerah kelapa parut. Santan yang dihasilkan akan lebih mudah keluar dan turun melalui ibu jari.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Rumah Mesin
Baca juga: Cara Betul Simpan Baki Santan Kotak, Tahan Lama & Tak Berketul