Rupa-rupanya teknik untuk menguli doh kena betul untuk tip pau putih cantik bergebu dan lembut. Silap hari bulan, memang masih lembut walaupun dah lama sejuk.
Siapa yang tak suka makan pau kan. Makan waktu panas-panas dan sekarang ni dah ada pelbagai perasa pau yang kita boleh rasa.
Baca juga: Buat Doh Roti Canai Sendiri, Kekal Lembut Dan Sedap Sampai Petang
Ada perasa kari ayam, kari daging, kaya, pandan, kacang hijau, kelapa dan banyak lagi lah yang ada. Paling sedap bila kita makan pau yang gebu, dan lembut je dengan inti yang padat.
Nak makan petang-petang sesuai lah kita uli sendiri tepung dan buat sendiri pau yang kita suka.
Resipi dari Cik Puan Nourel Hueda ini, tak sangka jadi viral di laman Facebook dan paling best sekali, ramai yang cuba buat dan menjadi lembut dan gebunya!
Bahan-bahan:
**Satu kan semuanya dalam satu bekas**
Cara-cara penyediaannya:
1. Gaul bagi semua bahan-bahan sama rata, selepas itu baru tuang 1 cawan air yang dimasukkan 1 sudu cuka sedikit demi sedikit sambil uli.
2. Cara uli buat macam basuh basuh baju guna tangan, gonyoh-gonyoh menggunakan kedua-dua tangan. Bila doh sudah lembut, rehatkan doh selama 15 minit.
3. Kemudian bulatkan doh ikut saiz yang anda kehendaki, saya timbang setiap doh 45gram.
4. Buat sampai habis, lepas itu baru letak inti, inti terpulang ikut citarasa masing-masing.
5. Lepas letak inti, tentukan bagi cantik dan kemas. Rehatkan lagi dalam 5 minit supaya doh naik.
6. Panaskan periuk kukus air dah mendidih, baru susun pau..kukus kira-kira dalam 15 minit.
7. Pastikan tutup tudung periuk kukus dengan kain supaya air wap tak menitik. Kalau terkena pau nanti ia jadi mengerutu tak licin dan tak cantik.
8. Cukup 15 minit, angkat tudung periuk supaya wap keluar dan tidak kecutkan pau kita. Buat sampai habis adunan pau.
Siap dan sedia dihidang!
Selamat mencuba tips membuat pau putih cantik dan gebu ini.
Baca juga: Roti Puri Tanpa Pakai Yis, Tetap Kembang Dan Lembut Guna 4 BAHAN Ini
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…