tip masak rendang

Ternyata, ada tip masak rendang guna ayam kampung dengan menggunakan 9 teknik ini untuk melembutkan isinya. Ramai yang menggemari rendang daging, ayam atau kerang tetapi rendang ayam pencen pula istimewa dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Rasa isinya manis dan harga yang lebih murah menjadikan ayam pencen sebagai pilihan para penggemarnya. Namun, masalah isi yang liat dan sukar empuk membelenggu mak-mak sekali gus menjadikan masa memasak mengambil masa yang lama.

Baca juga: Trik Simpan Cili Supaya Tak Cepat Kecut Dan Tahan Lama

Rupanya ada cara untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun sedikit liat, ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung sebenarnya sangat enak jika pandai melembutkan isinya. 

Bagi peminat ayam jenis ini, pastinya mereka sudah arif mengenai proses penyediaan hidangan yang agak memakan masa disebabkan dagingnya yang sedikit liat.

Namun jangan risau! Terdapat pelbagai petua yang boleh anda cuba untuk melembutkan dagingnya.

TIP MASAK RENDANG GUNA AYAM KAMPUNG, INI CARA NAK LEMBUTKAN ISI

tip masak rendang

Gambar sekadar hiasan.

1. Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus sehingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

2. Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua.

3. Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

4. Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

5. Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua.

6. Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

7. Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

8. Buah nanas

Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

9. Buah betik muda

Rebus ayam tua dengan buah betik muda.

Mudah-mudahan petua ini dapat memudahkan tugas anda menyediakan hidangan buat keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Bonda

Baca juga: Beza Ikan Tongkol Hitam VS Ikan Tongkol Putih, Ini Cara Nak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN