Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata.
Masak nasi lemak guna santan kotak mesti tak selalu menjadi masak tak sekata walaupun dah ikut sukatan yang betul.
Ramai mengeluh nasi lemak jadi tak cantik, lembik dan kurang wangi berbanding guna santan segar.
Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!
Jom ikuti tips dari perkongsian Cik Puan Amylia Nasir di laman Facebook ini. Menurut beliau, memang kalau nak cepat masak nasi lemak, jalan ekspres guna je santan kotak. Tetap wangi dan masak sekata guna tip beliau ini.
Tip ini diajar oleh ayah saya yang ada pengalaman berniaga di kantin sekolah. Memang nasi lemak ayah paling sedap kata cikgu-cikgu di situ. Semoga perkongsian ini dapat dipanjangkan kepada semua.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Basuh beras dan sukat beras.
2. Letak beras tadi dalam bekas lain atau toskan. Isi periuk nasi tadi dengan air ikut sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan satu kotak, boleh guna apa-apa jenama. Satu kotak kecil pun dah terasa lemaknya. Jangan bazirkan santan, goncang dengan air dalam periuk dan tuang balik.
4. Masukkan halia, daun pandan, garam secukup rasa.
5. Masukkan minyak masak, dalam 3 sudu besar. Fungsi minyak masak ini supaya nasi lemak akn cantik dan sebiji-sebiji, tak lembik.
Nota: Sila periksa selalu bila dan tekan suis masak nasi. Jangan masak air santan mengelegak terlalu lama. Nnati santan akan pecah dan nasi tak cantik.
6. Dah masuk ke semua bahan tadi, terus letak dalam periuk nasi. Tekan suis masak nasi seperti biasa. Beras jangan terus masuk dahulu, bila air santan dah mengelegak dan daun pandan maka wangilah nasi lemak itu nanti.
7. Bila dah mengelegak, boleh masukkan beras yang sudah tos tadi. Kemudian kira-kira 5 atau 6 minit sekali kacau atau godak semua supaya sekata dengan santan.
8. Nasi lemak guna santan kotak dah siap dimasak. Boleh dihidang dalam mangkuk lauk.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sambal Sotong Kembang, Makan Dengan Nasi, Nasi Lemak, Lempeng Sodap Beb!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…