Rupanya ada tip masak Nasi Briyani elok berderai dan tak melekat pada periuk. Hidangan ini umumnya terdiri dari nasi yang dimasak dengan rempah-rempah dan bumbu khusus.
Baca juga: Makan Nasi Sejuk Baik Untuk Kesihatan Rupanya, Lelaki Ini Beri Penjelasan Sebabnya
Nasi Briyani biasanya dihidangkan dalam pelbagai variasi, dan disajikan dengan daging, telur, kacang-kacangan, bahkan sebagai hidangan vegetarian.
Mari ikuti resipi dan tip dari perkongsian Encik Nazri Mat Zain atau lebih mesra dipanggil Chef Papa ini.
Meh sini tengah free ini Papa share Resipi Nasi Biryani masak berderai. Banyak cara org masak nasi biryani ini. Cara Papa biashe2 je.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, kisar bahan bertanda * dan ketepikan.
2. Panaskan minyak Sapi dan minyak Masak dalam kuali yang sesuai. Masukkan bawang mayang dann bwg yg dikisar tadi.
3. Masukkan rempah 4 sekawan. Bila dah naik wangi, masukkan rempah briyani dan rempah daging. Masukkan daun pandan dan bay leaf.
4. Masak hingga pecah minyak. Lepas itu, masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa. Dah betul-betuk pecah minyak, tutup api.
5. Sediakan periuk saiz 55cm. Basuh beras Basmathi dan rendam selama 15 minit dan toskan
6. Masukkan rempah yang sudah masak tadi ke dalam periuk. Masukkan air yang telah disukat. Masak hingga air mendidih.
7. Bila air dah didih masukkan susu cair dan sunquick oren. Masukkan beras basmathi yang telah siap ditoskan.
8. Kacau hingga nasi hampir kering dan perlahankan api sehabis mungkin. Kalau guna dapur 4 lingkaran tu tutup semua api bahagian dalam dan tinggal bahagian luar dan kecilkan sehabis mungkin.
9. Masukkan gajus, kismis, daun sup, daun bawang, daun pudina dan daun ketumbar. Tutup periuk dengan tudung dan tindihkan tudung periuk dgn pemberat.
10. Agak-agak dalam 20 minit baru buka tudung periuk dan masukkan pewarna kuning telur, kacau nasi tersebut hingga pewarna jadi sekata. Dah siap!
Selamat mencuba tip dan cara memasak dari Chef Papa ini.
Baca juga: Nasi Butter Ala KFC, Mesti Anak Terpikat Nak Makan Bertambah!
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…
Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…
Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…