tip goreng cempedak

Rupa-rupanya, ada tip goreng cempedak tanpa menggunakan minyak yang banyak tetapi masih lagi rangup. Nak Tahu caranya? Jom ikuti resipi yang kami sediakan ini. 

Baca juga: Rahsia Pisang Goreng Rangup Walaupun Dah Sejuk, Ini Resipi Bancuhan Tepung

Berikut ialah dari perkongsian Chef Ahmad Shukri Amiruddin yang boleh anda cuba.


TIP GORENG CEMPEDAK RANGUP DAN TAK PAKAI BANYAK MINYAK

Banyak resipi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini cara saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

Resipi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.

tip goreng cempedak

Resipi Cempedak Goreng:

  • Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
  • Tepung Beras Sepeket utk sebiji cempedak
  • Marjerin atau minyak 3 sudu
  • Air kapur makan 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air suam
  • Kunyit 1 sudu kecil

Cara-caranya:

1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.

2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

Petua:

1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.

2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.

3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.

4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.

5. Cari buah cempedak yang berat. Itu tandanya isi banyak.

tip goreng cempedak


Selamat mencuba.

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Ala ‘Mekdi’, Guna 3 Tepung Ini Sebagai Bancuhan 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN