Categories: Tips & Petua

7 Tip Cuci Pinggan Mangkuk Berminyak ‘Degil’ Supaya Bersih Berkilat, Sekali Bilas Terus Kesat!

Cuci pinggan memang nampak mudah, tapi bila pinggan dipenuhi minyak dan kotoran degil, memang boleh buat kita penat menyental berkali-kali. Lagi-lagi kalau lepas masak lauk berminyak atau gorengan, kesan lemak kadang-kadang susah nak hilang walaupun sudah guna sabun.

Sebenarnya ada beberapa cara mudah untuk bantu memudahkan kerja cuci pinggan supaya lebih cepat bersih dan tidak melekat bau atau minyak. Dengan teknik yang betul, pinggan mangkuk bukan sahaja bersih, tapi juga nampak lebih berkilat.

Jom cuba beberapa tip ringkas di bawah yang boleh terus diamalkan di dapur rumah. Semua bahan pun mudah didapati dan memang biasa ada di rumah.

Baca juga: Petua Halau Tikus Dari Rumah Guna 5 Jenis Daun, Tak Sangka Baunya Buat 1 Keturunan ‘Angkat Kaki’!

7 TIP CUCI PINGGAN MANGKUK SUPAYA BERSIH & BERKILAT

1. Guna span yang sesuai

Pemilihan span sangat penting ketika cuci pinggan. Pilih span yang agak tebal dan mampu menghasilkan buih yang banyak walaupun sabun sedikit sahaja. Buih yang banyak membantu menanggalkan kotoran dan minyak dengan lebih mudah, jadi kerja menyental pun jadi lebih ringan.

2. Campuran cuka dalam sabun

Cuka boleh bantu menanggalkan minyak degil pada pinggan mangkuk. Caranya, campurkan sedikit cuka bersama sabun pencuci pinggan, kemudian cuci seperti biasa. Hasilnya pinggan lebih bersih dan tidak berminyak.

3. Lemon untuk hilangkan kotoran

Lemon mengandungi asid semula jadi yang berkesan untuk meleraikan kotoran. Hiris lemon nipis dan campurkan bersama sabun pencuci pinggan. Biarkan sekejap, kemudian sental dan bilas seperti biasa. Pinggan akan terasa lebih bersih dan segar.

4. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat bukan sahaja membantu membersihkan, malah mampu menghilangkan bau yang melekat pada pinggan. Campurkan sedikit ke dalam sabun pencuci, kemudian cuci seperti biasa. Sesuai untuk pinggan yang berbau hanyir atau berminyak.

5. Rendam dengan air panas

Sebelum mula menyental, rendam pinggan berminyak dengan air panas seketika. Kaedah ini membantu melembutkan dan melonggarkan minyak yang melekat, jadi proses cuci pinggan jadi lebih cepat dan mudah.

6. Tambah garam dalam sabun

Garam juga boleh digunakan sebagai bahan tambahan untuk bantu bersihkan kotoran degil. Masukkan sedikit garam ke dalam sabun pencuci, kemudian cuci pinggan seperti biasa. Ia membantu menanggalkan minyak dengan lebih efektif.

Sumber: UtusanTV

Baca juga: Durian Murah Melimpah Ruah? Ini Cara Betul Simpan Secara ‘Frozen’ Supaya Tahan Lama & Tak Masam!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago