frozen durian

Pantang dengar ada jualan durian murah, kita pasti akan memborong sakan sehingga penuh bonet kereta. Masalahnya, apabila sudah dibeli dalam jumlah yang banyak, mulalah kita tidak larat untuk menghabiskan semuanya dalam masa sehari. Daripada membiarkan buah tersebut terbiar di atas meja sehingga rosak, rupanya boleh frozen durian sebagai stok simpanan.

Namun begitu, janganlah pula sekadar mencampakkan buah tersebut terus ke dalam peti sejuk secara sembarangan. Jika tersalah kaedah penyimpanan, durian akan menjadi cepat masam dan aromanya pula boleh merebak sehingga berbau satu peti ais.

Baca juga: Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Selamba Sumbat Dalam Volkswagen Beetle!

CARA FROZEN DURIAN SUPAYA TAHAN LAMA SAMPAI BERBULAN-BULAN

frozen durian

Oleh yang demikian, mari ikuti panduan penyimpanan yang betul daripada Public Health Malaysia. Langkah sejuk beku yang tepat ini bukan sahaja dijamin selamat, malah dapat memastikan isi buah kekal manis dan berkrim apabila dimakan nanti. Untuk memastikan isi durian anda kekal segar dan tidak rosak, ikut 4 langkah mudah ini:

1. Asingkan Isi

Jangan sesekali simpan durian bersama kulit-kulitnya sekali dalam peti ais. Kopak buah durian, ambil isinya yang elok sahaja, dan buang kulitnya.

2. Gunakan Bekas Kedap Udara

Masukkan isi durian ke dalam bekas plastik yang mempunyai penutup kedap udara (airtight container) atau gunakan beg plastik berzip (ziplock bag) yang tebal. Ini penting bagi mengelakkan bau durian “mencemari” makanan atau ais batu lain dalam peti sejuk anda.

3. Label Tarikh

Ini langkah yang selalu kita terlepas pandang. Sila tulis tarikh hari pertama anda simpan durian tersebut pada bekas atau plastik menggunakan marker pen. Senang nak tahu bila tempoh terbaik untuk dihabiskan.

4. Simpan pada Suhu -18°C

Pastikan durian disimpan terus di dalam bahagian pembeku (freezer) dengan suhu optimum -18°C ke bawah untuk pembekuan yang sempurna.

Nota kaki: Untuk menikmati rasa yang paling mantap, asli, dan berkrim, pastikan anda makan durian sejuk beku ini dalam tempoh 1 hingga 2 bulan sahaja. Selepas tempoh itu, teksturnya mungkin akan sedikit berubah walaupun masih selamat dimakan.

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Cara Pilih Durian Yang Sedap Dan Banyak Isi, Ramai Rupanya Masih Buat Silap Nombor 2

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN