Categories: Resipi

Resipi Timun Masak Lemak Putih, Sekali Hirup Terus Rasa Nak Balik Kampung!

Peminat masakan kampung pasti suka dengan resipi Timun Masak Lemak Putih yang sangat sedap. Dengar namanya saja, anda boleh terbayang aromanya yang menggoda selera.

Timun Masak Lemak Putih merupakan hidangan sayur berkuah putih, lembut dan berlemak. Berbeza dengan versi berempah, ia lebih menonjolkan rasa asli santan yang lemak manis.

Resipi yang dikongsikan oleh Mizah Ngatiman di Facebook telah membuatkan ramai terliur dengan hasil kuahnya yang kelihatan berlemak manja. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Petua Elak Santan Pecah Dalam Gulai Lemak, Ramai Terlepas Tips No. 3!

RESIPI TIMUN MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:

  • 4 batang timun muda
  • Udang secukupnya
  • 3 ekor ikan kembung atau selayang
  • 2 inci lengkuas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 sudu besar kelapa parut mentah
  • 3 sudu besar kelapa parut goreng
  • Santan pekat secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus ikan secara kosong terlebih dahulu.

2. Tumbuk lengkuas, kemudian masukkan kelapa parut mentah dan goreng, isi ikan dan akhir sekali bawang. Tumbuk lumat.

3. Kemudian, campurkan sedikit santan ke dalam bahan tumbuk, kacau rata supaya tak berketul dan buka api perlahan.

4. Selepas itu, masukkan semua santan, tambah garam dan gula secukup rasa.

5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan timun yang sudah dikupas kulit secara berselang-seli dan dibelah empat.

6. Seterusnya, kacau sentiasa supaya santan tak pecah. Apabila timun sudah sedikit layu, masukkan udang dan cili merah.

7. Setelah mendidih elok, boleh tutup api. Siap untuk dihidang!

Timun Masak Lemak Putih paling sedap dimakan dengan nasi panas, ulam-ulaman dan budu. Apabila hirup sekali kuahnya yang berlemak, selera pasti terus terangkat.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Sayur Masak Lemak Putih Simple, Tak Perasan Nasi Sampai 2 Pinggan!

Aimi

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago