Categories: Informasi

‘Hari Ini Cuti Masak’ – Tetamu Buat Status Lepas Tapau Lauk Kenduri, Tuan Rumah Tanggung Malu Makanan Tak Cukup!

Sebuah keluarga berdepan situasi memalukan apabila segelintir tetamu bertindak mementingkan diri dengan membungkus lauk kenduri tanpa kebenaran tuan rumah.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang wanita di laman sosial Thread bernama Farhana Rosli, yang meluahkan rasa kecewa dan sakit hati dengan apa yang berlaku ketika majlis perkahwinan kakaknya.

Wanita itu mendakwa ada tetamu yang sudah mula membungkus lauk seawal jam 11 pagi, sedangkan majlis baharu sahaja bermula.

“Sumpah sakit hati dengan perangai yang macam ini. Sampaikan makanan tak cukup disebabkan perangai makcik-makcik tak tahu malu macam ini dan siap update di status (WhatsApp) pula.

“Tanpa minta izin tuan rumahnya… Masa mereka bungkus saya tak sempat tengok sebab tengah sibuk, kalut macam-macam. Hal ini kakak saya yang seorang lagi beritahu.

“Tolong la makcik-makcik jangan buat perangai tak tahu malu,” tulisnya namun tidak menyatakan lokasi majlis perkahwinan tersebut.

Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut berkongsi tangkap layar status WhatsApp seorang tetamu yang mempamerkan lauk kenduri yang dibungkus sewaktu majlis perkahwinan kakaknya.

Baca juga: Mak Cik Jual Nasi Lemak RM1.50 Undang Sebak, Setia Tunggu Bawah Panas Terik Walau Tiada Pelanggan

Tetamu Didakwa Tapau Lauk Kenduri Sampai Tak Cukup Untuk Orang Lain

“Hari ini cuti masak. Makan masakan kenduri kahwin,” tulis individu berkenaan pada kapsyen yang memaparkan gambar lauk-pauk tersebut.

Hidangan tersebut dilihat terdiri daripada lima hingga enam jenis lauk, antaranya gulai, masak lemak, sambal tempoyak serta beberapa masakan lain.

“Bayangkan seorang tapau pun boleh buat makan untuk tiga hingga lima tetamu lain. Ini kan pula ramai-ramai tapau. Kalau 5,000 tetamu makan pun tak cukup kalau dapat makcik perangai macam ini.

“Tolong la siapa ada mak suka pergi kenduri tu nasihatkan jangan suka buat perangai memalukan ini! Kecuali izin dari famili atau kenduri dah habis.

“Anda semua bayangkan kenduri baru nak mula tapi orang-orang dah sibuk duduk dekat meja lauk membungkus. Teruk betul perangai,” luahnya lagi.

Sudahlah lauk kenduri tidak mencukupi, wanita itu turut mendakwa ada tetamu yang tanpa segan silu mengambil manisan di meja pencuci mulut hingga berpinggan-pinggan.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya mengecam tindakan tetamu membungkus lauk kenduri tanpa kebenaran tuan rumah.

“Weh, itu lauk kenduri ke??? Punya banyak dia kebas? Ini dah kira mencuri. Kalau saya, memang saya takkan halalkan makanan yang dia ambil.

“Haram kalau tuan rumah tak reda, dan tak tahu pun tetamu tapau macam ini. Sampai tuan rumah sendiri tak cukup makanan dekat majlis dia. Memang jenis ini tak fikir halal haram ke? Ingat yang haram cuma babi je ke?

“Selalunya dah habis kenduri baru bungkus lauk-lauk yang tak habis. Ini tak sempat apa-apa lagi dah bungkus,” demikian komen beberapa netizen.

Sumber: Thread

Baca juga: Rupanya Tak Boleh Guna Istilah “No Pork, No Lard” Tanpa Sijil Halal, Ini Penjelasan JAIS!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago