sambal tempoyak ikan bilis

Musim durian tiba lagi! Inilah masanya untuk buat tempoyak sendiri di rumah. Tempoyak boleh diolah menjadi pelbagai menu yang sedap dan membuka selera, salah satunya sambal tempoyak ikan bilis petai.

Dengar pun dah terliur kan? Dalam artikel kali ini, MyResipi akan kongsikan resipi tempoyak ikan bilis petai yang mudah dan ringkas untuk anda cuba sendiri di rumah. Makan dengan nasi putih panas memang sangat menyelerakan!

Baca juga: Cara Elak Tempoyak Jadi Masam, Tak Cepat Berkulat & Lebih Tahan Lama

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

sambal tempoyak ikan bilis

Bahan-bahan:

  • Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 senduk tempoyak
  • Petai secukupnya
  • Hirisan daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Cara memasak:

  1. Kisar cili padi, bawang besar dan kunyit hidup hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan tempoyak, kacau rata dan teruskan memasak hingga pecah minyak.
  4. Tambahkan sedikit air dan masukkan asam keping. Masak lagi hingga kuah pecah minyak sekali lagi.
  5. Masukkan petai dan hirisan daun kunyit.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Kacau rata dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Yang Pekat & Tak Cair, Ada 3 Petua Kena Ikut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN