Categories: Informasi

8 Promosi Makanan Paling Best Merdeka 2025!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang sambutan Kemerdekaan kita akan disajikan dengan pelbagai promosi makanan. Kalau korang #KakiMakan sejati, ini 8 promosi makanan yang paling best untuk tahun 2025!

Kalau korang #KakiMakan sejati, ini 8 promosi makanan sempena Merdeka 2025 yang memang tak boleh dilepaskan. Jom usha!

1. Marrybrown – Nasi Lemak MB® cuma RM7 (ShopeeFood)

Dari 17 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, korang boleh dapatkan Nasi Lemak MB® dengan harga RM7 je melalui ShopeeFood. Murah dan sedap. Rugi tak beli.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

2. Secret Recipe – 4 Potong Kek RM36

Sepanjang 1 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, Secret Recipe ada tawaran 4 potong kek dengan harga RM36 je (kecuali brownies & lava cake). Boleh lah anda belanja rakan dan keluarga.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

3. Empire Sushi – Sushi Box RM6.80 

Bagi anda yang gemar makan Empire Sushi, sekarang mereka ada tawarkan Sushi Box dengan 5 jenis sushi klasik hanya RM6.80 je apabila anda berbelanja RM21 dalam satu resit. Promosi ini sah sampai 16 September 2025.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

4. J.CO – Semua minuman RM11 & 2 dozen donut RM39

Buat donut lovers, bermula 27 Ogos 2025 hingga 29 Ogos 2025, semua minuman J.CO ditawarkan pada harga RM11, dan 2 dozen donut cuma RM39. Untung kan?

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

5. Me’nate Steak Hub – Tomahawk Combo (3–4 pax) 

Nak celebrate Merdeka dengan lebih gah? Me’nate ada promosi gempak. Beli Tomahawk Combo untuk 3-4 orang, anda dapat sekali freebies: BBQ Beef Nachos, Funghi Pastella, Pizzadillas & 1 jug Fresh Orange. Promosi sah dari 11 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

6. Banana Bro – Beli 1 Percuma 1

Promosi paling win untuk kaki makan banana leaf! Dari sekarang hingga 31 Ogos 2025, Banana Bro ada promosi Beli 1 Percuma 1. Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati kari kegemaran korang sepuasnya.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

7. Mykori – Diskaun 31% semua set kakigori

Bermula 19 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, anda boleh nikmati diskaun 31% untuk set Kakigori. Bab portion jangan risau. memang besar.

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

8. Baskin Robbins diskaun 31%

Bermula 29 Ogos 2025 hingga 31 Ogos 2025, boleh nikmati 31% diskaun untuk Handpacked Ice Cream kat semua outlet BR.

Kalau anda ahli Club 31 App, anda boleh dapat early access bermula 26 Ogos lagi. So, pastikan anda tapau aiskrim Merdeka ni!

Mix & match ikut suka hati:

2 perisa dalam Pint / Quart
3 perisa dalam Half-Gallon (lagi banyak, lagi syok!)

* Tertakluk pada Terma& Syarat.

Tunggu apa lagi tu? Buat pembelian anda sekarang dan nikmati diskaun istimewa ini sepanjang bulan kemerdekaan kali ini.

Have fun dan selamat makan-makan semua!

intan@revmedia.my

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

1 day ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

1 day ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

1 day ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

1 day ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

1 day ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

1 day ago