telur mata masak kicap

Tak perlu lauk mewah untuk buatkan hidangan terasa sempurna. Cukup dengan bahan asas yang sentiasa ada di dapur, anda boleh buat Telur Mata Masak Kicap yang sangat lazat.

Hidangan ini boleh dikatakan legend kerana sangat popular di kalangan pelajar, ibu bekerja serta sesiapa yang suka lauk cepat siap. Walaupun ringkas, rasanya tetap membuka selera.

Jom cuba resipi Telur Mata Masak Kicap perkongsian Cikmel_masak di Lemon8 ini. Selain sedap dan mudah, anda boleh mengolah resipi ini mengikut citarasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Telur Mata Kerbau, Ramai Cuba Dan Menjadi!

RESIPI TELUR MATA MASAK KICAP

telur mata masak kicap

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Daun bawang
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • ½ cawan air
  • 1 sudu lada sulah
  • Garam gula secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Pecahkan sebiji telur ke dalam kuali dan goreng cara mata kerbau. Kemudian angkat dan ketepikan, letakkan di atas pinggan. Ulangi sampai habis telur.

2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang merah dan cili hijau atau merah.

3. Masukkan kicap, sos tiram dan air. Lebihkan air jika nak banyak kuah. Kacau rata dan biarkan mendidih.

4. Padamkan api dan tuangkan kuah ke dalam pinggan berisi telur mata tadi. Siap untuk dihidang!

Lauk ini lebih sedap dimakan sebaik saja ia siap dimasak. Jika lambat, telur kuning akan kembang kerana menyerap kuah. Jika tak kisah, boleh saja makan pada bila-bila masa.

Selamat mencuba!

Sumber: Cikmel_masak

Baca juga: Telur Mata Sweet Sour, Makan Dengan Nasi Panas, Rasa Sedap Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN